BFF wedding ♥


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

whoaaa , walaupun begitu berat mata niey , aku tetap nak update jugak , sebab dah begitu lama peram entry lama tu , kesian2! ape laa yang aku sibukkan pun entah ler , sibuk mengejar cinta kot =.=' cinta yang takkan mungkin jadik kenyataan dia alam realiti , mungkin menjadik impian di alam khayalan :') .Tanggal 18 Disember hari persandingan salah seorang sahabat aku , merangkap selaku BFF aku . Eryn my BFF :) . lagik sorang sahabat aku menamatkan zaman solo nya , dan aku juga akan terus fobia dengan soklan , "amy ko biler lagik ?? =.='

Ini antara gambaq2 yang sempat aku rompak , sebab aku rushing sangat . aku kan antara orang yang paling sibuk dalam dunia :D (sedey takk dapek tangkap gambaq ngan pengantin , sebab aku busy dating :D )


cetusan ilham dari bonda pengantin perempuan , *hasil tangan bonda pengantin perempuan , Ouch Ohsem :D 


kamar tidur , but simple and nice sangat , macam aku lerr tak suke terlalu crowded sangat :) macam niey OK!


*ini antara yang turut serta menyibuks =.='


okay , niey laa pengantin nyer Zariana a.k.a eryn :) 

seronok bila tengok kawan2 seperjuangan , kawan2 sehingusan dah jadik isteri orang . aku pun ase macam nak jerkk kann , tapi 1001 soklan akan bermain di benak fikiran aku , sanggupkah aku ? apakah aku ? mengapakah aku ? dimanakah aku ? kenapakah aku ? siapakah ? siapakah ? hahaha jeng3 >_< grrr *nada bunyi nyer memang dah gatal sangat aku niey kann :P 


pengantin kat luaq tengah makan , kita orang ape lagik conquer laa itu pelamin hehekk :D
this is cik Sara , merangkap jiran sebelah umah aku , dia happening , ramah + tamah = 


walaupun nikmat yang kita dapat tu sedikit tapi disusuli dengan penuh rasa kesyukuran , nanti Allah akan tambah lagi nikmat pada kita . kerana darjat org yang bersyukur adalah tinggi disisi Allah :) 



BFF days out ♥


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

kawan boleh jadik lawan dan lawan boleh jadik kawan kita . pelik takk ? sewaktu ketika dulu aku pernah gaduh teruk dengan BFF aku niey , yang shawl kaler ijau tuh , trust me! aku takkmauu dah benda tuh berulang kembali , sangat perit! cehhwahhh , masa kat kolej kita orang memang rapat sangat2 >_< , pegi makan kat cafeteria sama2 , ponteng kuliah sama2 =.=' , pegi ngorat lecturer sama2 , abang2 tukang kebun pon gasak kita orang kacau! hihihihi , makcik2 tukang sapu tu pun kalau nampak kita orang cepat2 larik nyorok belakang almari , takut kena cucuk pinggang ngan kita orang , sebab makcik tu melatah! hahahakk , sian makcik tuh , sian jugak BFF aku , dia tak dak geng dah nak kacau makcik tuh , sebab aku next sem akan berhijrah ke kolej yang baruu! euwww baru kerr ?? nak tahu aku tukaq kolej mana nanti aku ceritakan di entry yang akan datang nohhh :D kat kolej lecturer pon dah naik rimas asyik berkepit jerk dua orang niey! kita orang niey ade jerk nak bahan orang , hehehe skang dah tobat dahh , skang dah tak nakal dah! nak serius study sebab dah sem last , grrr >_<  mintakk ampunn bukk :') 


hehe!! cik so'berry merah yang depan sekalik , Aishah hashim , isme Aimi Farhana 

Selepas beberapa bulan tak berjumpa di sebabkan pergaduhan tersebut angkara anasir2 jahat niey , dengan izin Allah akhirnya kita orang bersatu kembali! itulah namanya ukhwah yang sejati , InsyaAllah, Aaaminnn :) aku sangat sayang akan persahabatan ini , aku akan pegang kata2 niey sampai bila2 punn Sesuatu yang baik itu perlulah dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan agar ia TAK MUNGKIN berulang lagik! :')




*model iklan ubat gigi tidak berbayar =.='


kemain eksaited lagik, kalau kat kolej celah mana yang kita orang tak tangkap gambor everytime! , buat ape pun pasti bergambo , sampai nak jawab ujian pun tangkap gambo jawapan =.=' inilah padahnya :P




So , Itu sahaja .

K Terima Kasih , Bhai 

Tuhan tolong lembutkan hati dia ,
Untuk terima ku seadanya ,
Kerna ku tak sanggup !
Kerna ku tak mampu !
Hidup tanpa dia di sisi ku

Family Days Out ♥


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

cuti sekolah dah lama bermula , dah nak berakhir pun , but break sem aku baru nak start hihihi i'm so so heaven hoke! cuti sebulan jerk pon, kalau boleh ditopup cuti tuh , memang aku topup dah , sudah menjadik kelaziman nya setiap kali hujung tahun tiba , dan menjadik kewajiban untuk abah dan mama bawak aku dan adik yang kanak kanak ribena niey bersiar siar , menikmati kehijaun keindahan ciptaan illahi ini , oke semalam abah dan mama bawak aku dan adik pergi zoo taiping! jumpa kawan kawan lama , dah berapa abad tak jumpa , di sebabkan masing2 busy dengan komitmen masing , ouchh!! kebetulan semuanya cuti semalam , tudiaaa kemainn eksaited aku , dah lama tak jumpa sahabat handai dan taulan niey =.=' yeay2!!



tengok muka eksaited dua beradik niey ! takk sabaq letteew :D


perbezaan umur aku dan adik 14 tahunn :D sangat -------> jauhh 


ILY ma  , jyeahhhh mama memang rawk!! 


isme! Nur Aimi Farhana 


tudiaaaa , pabila berjumpa sahabat lama , sangat mesra , malah disambut kedatangan aku dan adik dengan senyuman yang sungguh lebaq sekali , wiwiwi :D 


*antara yang bermastautin tetap disini , tanpa mempedulikan sesiapa punn 

kugagahkan jua langkah kaki , bak kata mama aku kita tawaf zoo taiping niey , exercise sikit kaki tuhh =.='

So , itu sahaja untuk setakat niey! mata dah terlalu ngantokk masa untuk titonn :D 


p/s : to my lulubely BFF thanx belanja makan n karokkk!! jyeahhhh kamu rawkk!! kepada yang tersayang thanx teman tadi :') 





Jangan Menangis Sayangg ♥


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


okey , entry niey sambungan dari ENTRY NIEY , ok jumaat yang lepas  mengikut perancangan awal nak pegi bermalam di Teluk Batik, Lumut, tapi disebabkan masing2 kekurangan fulus , dan berfikir secara waras , kita orang mengambil keputusan untuk tawaf Jusco Kinta City aje laa, mengisi dan memanfaatkan detik2 terakhir bersama :'( , oke sampai2 jerk terus pi serbu kaunter nak beli tiket wayang dulu , OMBAK RINDU =.=' , perut pon ase lapaq sangat aih , jom pi tibai Johnny's, 


hoke , sodapp jugak laah ;D


tudiaaaa muka gelojoh aku , sedutt kemain , huahuahua Pineapple juice best! masamm 

dah completed bab perut , rase nak melalak pulak , sebab Ombak Rindu start pukul 2.30 , takkan nak melangut jerk tunggu busan aih, melalak lepaih tension pon sodap gak niey , gasakk jelaa , hihihi ;P , nyanyi sampai tak hengat dunia , tengok2 jam dah 2.40 , gile kelam kabut larik kejar panggung , kahkahkah , memang kelakar waktu niey , oke jangan tanya aku pasal cite Ombak Rindu , sebab aku taknak pertikai kan ape2 tentang cite niey , kalau korang nak tahu tengok sendiri hoke!! , ranting aku boleh bagik dari «««««  aku bagi ««« jelaa =.=' 


niey laa geng praktikal aku , Melisa , Shafeena ;)


so , itu jerk , k Bai 



Thanks For Everything ♥


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Ok untuk korang sedia maklum aku dah habis praktikal , sepatutnya aku kena extend lagik seminggu , tapi Cik Barbydol kata takpe laa dia bagi aku tamat latihan industri aku sekali ngan kawan aku duorang niey , derang study kat Poli Ungku Omar, derang start praktikal seminggu lebih awal dari aku, tapi aku habis sesame ngan derang, hurayyyyyy! THE END, yes! setiap pertemuan pasti ade perpisahan, memang itulah lah lumrah nya dalam kehidupan, hampir 6 bulan kita orang bersama, bercampur baur perasaan, banyak jugak kenangan aku dengan derang niey :')













Melisa , Fyna , Ayu , Amy * gambaq terakhir bersama :'(


mesti aku rindu nak gelak kuat2 ngan korang nanti ?? huhu :'(


*kalau Mel , Ayu or Fyna baca lerr =.=' 

Terima Kasih banyak sebab sudi jadik sahabat pada diri aku, Aku nak mintak Maaf banyak2 kat korang yerk , dari hujung kaki hingga hujung rambut , seandainya yang tak elok tuh datang nye dari diri aku , dan yang baik itu datang dari Allah s.w.t , susah senang dah banyak kita lalui bersama , huhu takk mau bebel panjang2 sebenaqnyer sedih sangat :'( , moga kita panjang umoq kita jumpa lagik nohhh :) InsyaAllah , Aaminn 

Redha tu kena IKHLAS , Pasrah tu kena MENYERAH ♥



Ok , Terima Kasih ,  Bai

p/s : baca sambil dihayati dengan lagu :)

♥_♥


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Korang pernah ade rasa menyampah tak kat someone? penah ade rasa sakit hati takk kat someone? mesti ade punya kan, kalau takde tak normal laa korang kan, kalau tader perasaan tuh paranormal laa korang, wiwiwi ;D ok tak mau spoil di pagik hari, nak share ngan korang gambaq2 yang aku jumpa bila men-google tadi.


♥_♥ 






Allah sentiasa beri GANJARAN pada manusia yang bersabar , memang kalau kita sabar hari ni . mungkin Dia bukan bagi esok , bukan lusa , bukan minggu depan , tapi PASTI ada , dan bila kita mula rasa KEMANISAN . jangan lupa BERSYUKUR atas ganjaran yang diberikan . 




Ikhlas kan Hati ♥


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

korang salu dengar kan cinta tiga segi?? kalau berkawan tiga segi penah dengar jugak takk?? arghhh tak kisah laa berapa segi pun kan, paling utama sekali berkawan biar ikhlas nohh, motif? aku sebenarnya bukan nyer nak cerita pasal KAWAN, sumpah aku sangat penat berkawan, yess kawan sangat perlu disisi kita walau dalam apa jua situasi nya , bak kata kawan kawan aku, kawan nak huha huha senang nak carik, kawan nak nangis sekali pun senang nak carik jugak! tapi dalam hati?? tak sape pon tahu kan, jadik! LU PIKIR LAH SENDIRI, TAPI bukan program realiti, tapi ini lah realitinya. 


korang sayang belog korang? ape tujuan korang berblog? ape kejadahnya blogwalking niey sume? MARAH aku tanya cam tuh? tudiaaaa mula dah! mula dah! 

gunakan hak BERFIKIR sebelum hak BERSUARA sebab manusia lani semua pura2 DENGAR, telan tapi tak HADAM :P


Oke, Selamat Malam , Selamat Beramal , Renung2 kan lahh , jangan sampai termenung wiwiwiwi ;P 



Ouch Awesome ♥



 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

Hello! hello hai,  jawab dulu salam tuh, wahwah rindu bangat nyer yerk aku kat belog omey niey , hihihikk, oke hari tuh aku ade gitaw kan aku nak pi wedding cikgu aku masa kat PLKN dulu , nahh!! niey antara gambaq nyer , ade gambaq2 lain akan menyusul , sebab gambaq uhh datang nun dari jauh , betapa jauh nya gambaq uhh janganlah kita pertikaikan yer , kalau aku dah dapat gambaq uhh , sepantas kilat aku akan upload eyh , amy JANJI!! , oke kenduri niey kat Puchong Indah , pada tarikh 27 November yang lepas, trust me best dowh, jumpa kawan2 lama, aduhh terubat rindu niey! Muahhh korang! hihihi ;D

Okeee , niey gambaq nyer, 


gengs PLKN aku Kumpulan 2 , Siri 5 , 2008 ;) * ini antara yang hadir 


Oke , ini Noor Nadzirah Marzuky , penolong wirawati PLKN kompeni aku * ALPHA , hehe , skang dia study kat UPM , lepas tamat latihan aku langsung tak penah jumpa dia, 2008 - 2011 makin omey2 dia dan yang paling wat aku jeless dia plus2 kurus laa :') 



*gambaq akan amy upload lagik 




Hari ini kau datang Riang, jyeaahhh!!



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Yiiiihakkk, hey korang sihat dak? lately niey pagi petang siang malam hujan jerk kann? hari pun sejuk, mendung, mata aku pun jadik layu kuyu, badan pun macam tak punya stamina langsung! haihh ;P dan huruf "M" akan menguasai diri aku sepenuhnya. korang pun same?? ahakss ;D . ishk2 macam tak percaya jerk minggu depan aku dah nak abes praktikal! korang tahu kan ape natang praktikal tuh? oke kalau tahu bagus!! tak sabiaq nak abes niey, nak dok merap kat umah puas puas, oke report pun hampir siap tinggal untuk editing yang terakhir sahaja. boleh laa aku tidur dengan lena sekali tanpa memikirkan soal report yang ketebalan dia mencecah seperti kasut tinggi mak aku yang hat 1 inci tuh. (sambil tepuk2 tangan eksaited) =.=' . dan yang paling best sekali hari niey aku cuti, 3 hari sekali gus disebabkan Awal Muharram jatuh pada hari ahad dan digantikan cutinya pada hari isnin? betoi ekk cam tu? sebab bos aku cakap cam tuh. sape bos aku tuh?? HAHA korang nak kenal ker?? dia gengs blogger aku jugak ;D Cik Barbydol ♥


Bangun pagi biasalah aku akan intai belog aku yang tersayang niey! cehwahh, KONON! ;P 1stly sekali biler buka blog tu masuk email enter password, my expectation is nak tengok ade tak sape2 drop komen, kalau takde memang laa :'( . oke keduanya nak usha bilangan followers, HAHA yess i appreciate it korang sume yang sudi follow belog aku yang naif ini. TERIMA KASIH ;) ketiga, aku akan cepat2 lari buka pintu shoutbox! sebab aku nak terjah derang yang terjah belog aku niey, walaupun hanya meninggalkan tapak kaki dan tangan kat shoutbox aku! walaupun tak drop komen kat entry aku :'( , aku akan tetap cuba terjah balik but take a time laa, sebab berukband aku niey dah nazak sangat! nak nyer belog yang penuh dan terlalu sarat dengan widget2, kemain loading lame, terus aku tekan button X

¯¯¯Bangun pagi! Gosok gigi! cuci muka pkai baju! ~lalalalal , eyh tak payah mandi ker?? buka pintu bilik tetiba Opss! mama aku, terkojoitt adennn, ape laa yang dia dok buat depan bilik aku? skodeng aku tidur ker pun? hihihikk, malas aku nak cakap banyak, sebab mulut busuk tak gosok gigi lagik! harharhar ;P , mama nampak muka aku terus bersuara, "hari niey kita breakfast kat luar yea!, aku pun angguk jek, tanda mengiyakan laa konon! ingat baru nak lepak umah, niey kalau kuar niey konpem memang abes duit aku, rabak, punah, dah laa sekarang niey ngah nak dok save bajet! esokk kan I nak pi kolumpo tau U ollss, hihihi ;D. bab tuh laa aku tak mau kuar hari niey, ingat nak rehat2 laa hari niey, apekan daya, dah mama ajak kan, takpe lahh mama belanja kot! kan dah gaji, follow jelaa ;D 

Mula pegi Kompleks Yik Fong, hahhh sape tahu?? kalau orang ipoh mesti tahu punya natang ape Yik Fong niey, kalau di kolumpo syurga membeli belah gadjet lappy Plaza Low Yat kann?? kalau kat Ipoh niey Kompleks Yik Fong laa syurga nak beli gadjet lappy, but tak besaq macam Plaza Low Yat ponn ;P, dalam pukul 10.30 gerak dari umah, sampai sana, memang susah nak cari parking, terpaksa laa aku dan mama kena standby dalam keta, takkan nak tinggal mama sensorang pulak kan, kang ade yang suh alihkan keta dia tak reti pulak, oke tak pelah, aku ambil keputusan tunggu sekali dalam keta, kang pas adik aku yang laki tu dah turun aku pulak pi naik atas, adehh berjam2 menunggu, keras aku ngan mama tunggu, tak turun2 lagik! haihh aku ase nak ngamok dah, be cool, aku maleh nak ngamok2 di pagi harii, lagi pun hari tak begitu panas sangat kann, oke aku cuba tak nak wat spoil di pagik hari. sungguh mulia kan hati aku =.=''

Pas dah beli cadtrige printer aku, nak pergi Giant, Sunway City pulak, perut pun dah kuar lagu keroncong! lapaq aih, aku bukan boleh lapaq sangat menggeletar satu badan aku niey, cepat2 pegi kedai roti, beli roti dulu lah, wat alas perut, sebab mama nak masuk shopping beli barang kat giant dulu, =.=' Lastnyer terus tak sarapan! nasib aku tibai roti tadi tader ahh terasa sangat! =.=' shopping tak hengat tengok jam dah pukul 12.00. pi foodcourt lunch teroih, ;P


adik aku berkata kata "adik lagik putih dari Along!" huwaaaa sakitnya hati aku =.=' aku pun lawan balik cakap dia, "dik lampu tu fokus kat ko! tuh pasal ko nampak terlebih putih!" cisss!! HAHAH ;P sabaq jelaa aku ;D

muka angkuh dari adek aku! huahua anak nyonya juai sayuq sesat kat sini! ;P 


Minta Ampun *entry terlalu panjang :')


Ok esok awal2 pagi nak pegi wedding jurulatih aku masa kat PLKN dulu. hihihikk ;D tak sabiaq nak jumpa cikgu! doakan perjalanan amy pergi dan balik dengan selamat semua nya . InsyaAllah Aminnn :) 




Freebies : Greeting Words

http://4.bp.blogspot.com/-mUxkHnS5aDQ/Ts-wgMFn0_I/AAAAAAAABfA/yqYIs_29mnA/s1600/Untitled-1.png

http://2.bp.blogspot.com/-TV6WujEld_Q/Ts-wklEcBeI/AAAAAAAABfI/7I5t0HvlOAI/s1600/Untitled-2.png

http://3.bp.blogspot.com/-U46BWkgmBMY/Ts-wt9FqFdI/AAAAAAAABfY/8vcozzez-7k/s1600/Untitled-4.png

http://4.bp.blogspot.com/-UcZI4cjShn0/Ts-wyEZsRjI/AAAAAAAABfg/bgPMGRBDNFM/s1600/Untitled-5.png

http://2.bp.blogspot.com/-Knp0gLWCHkM/Ts-ySKIy4mI/AAAAAAAABfo/oZ2ejc-yfg0/s1600/Untitled-6.png
http://3.bp.blogspot.com/-ItecQGSVgZU/Ts-yWgwI3hI/AAAAAAAABfw/FwQhdGJHel0/s1600/Untitled-7.png
http://2.bp.blogspot.com/-vbzx9chrZxw/Ts-ydZx-ihI/AAAAAAAABf4/3HEFEoj6Zd4/s1600/Untitled-8.png
http://4.bp.blogspot.com/-0g56z6A71Qo/Ts-yhmx3zGI/AAAAAAAABgA/JbDat0p-Sq0/s1600/Untitled-9.png

http://4.bp.blogspot.com/-VT3GOXg3B_A/Ts-zhrS3CsI/AAAAAAAABgQ/2LsGp6PACxk/s1600/Untitled-11.png


http://3.bp.blogspot.com/-Y7b3YlOO8QQ/Ts-zdSKe2sI/AAAAAAAABgI/AeK5KYA3jf0/s1600/Untitled-10.png


http://1.bp.blogspot.com/-oae-gl6qWBg/Ts-zlZi2P_I/AAAAAAAABgY/U8kjrRQxtE4/s1600/Untitled-12.png

http://3.bp.blogspot.com/-89iIwnoqkPA/Ts-zo0kxjWI/AAAAAAAABgg/NRZm7og4T8o/s1600/Untitled-13.png


 

Copyright 2015 © . Design by Aimy Farhana