بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم




Petua tidur Rasulullah s.a.w.

SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. 
Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai bapa-bapa angkat? mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .
2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .
Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas , Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan�. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.




Seloka DORM MAISARAH





Assalammualaikum dan salam sejahtera
Kami ucapkan sebelum bercerita
Kalau nak tahu turutlah serta
Ragam Dorm Maisarah empunya cerita

Sebelum kami memulakan seloka
Maaf jua kami pinta
Hanya sekadar menceriakan suasana
Bukan berniat mengutuk mengata

Puan Suzailah ibunda kami
Berbadan montel serius sekali
Memberi nasihat tak henti2
Menjaga dorm maisarah tugas diberi

Ini dia ketua wirawati kami
Mukanya putih comel sekali
Kalau nak ngumpat ajaklah dia sekali
Itulah Ain ketua kami

Orangnya kurus berkulit putih manis
Menyandang jawatan penolong wirawati
Kalau gelak mengalahkan kami
Itulah Nadzirah yg selalu disayangi

Kemana pergi tetap bersama
Fatihah dan Ana rajin orangnya
Kalau belajar tak kurang hebatnya
Inilah mereka harapan bangsa

Jenaka mereka pengubat luka
Along,Mizah, dan Leyha perangainya gila2
Riuh rendah dorm maisarah dibuatnya
Selalu buat cikgu sue sakit kepala

Kini tiba giliranya pula
Sudah bersedia untuk terkena
Maizatul Nuha kurus orangnya
Selamat muka tak macam rangka

Peramah orangnya tapi berbisa
Berhati2 bila berbicara
Nadirah gerangan namanya
Walaupun montel, tinggi bahasanya

Dihadapan sekali katil miliknya
Sentiasa tersengeh, sentiasa berkelahi
Walau Noraziela tiada storynya
Kami tetap ingat padanya

Sheera,Waniey, Ain  sekepala
Dok bertiga, jalan bertiga
Kalau sembang bagai nak gila
Itulah mereka yg menyakitkan hati dan mata

Kecik2 cili api
Badan kecik bijak bestari
Kalau belajar tak pernah lupa diri
Itulah dia Yana dan Nurul Akma kami

Nur Aimi Farhana gadis selamba
Sentiasa riang dimana saja
Bila jumpa gelak je kojenya
Dipuji jangan kembang hidungnya

Kalau ada jarum yang patah
Janganlah disimpan didalam peti
Kalau ada silap dan salah
Janganlah disimpan didalam hati

Bukan mengumpat atau mengata
Hanyalah rekaan semata2
Ampun maaf jua dipinta
Untuk hiburan kita semua

Sampai disini coretan kami
Story dorm maisarah ingin mengundur diri
Harap semua berpuas hati
Silap dan salah harap dapat diampuni

Kalau ada sumur diladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Insyaallah!! Kita jumpa lagi!!!bye!!!




ALAM MAHSYAR


1.Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya ¡°Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa¡±. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta¡¯ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:


1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta¡¯ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta¡¯ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ¡®Arasy itu tiba dibumi.

15. ¡®Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ¡®Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ¡®Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta¡¯ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta¡¯ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.

“orang yang gagal akan beri seribu alasan dan orang yang berjaya akan beri satu sebab.”



Aduhai, nmpaknya ada yg MELATAH bla dtegur dgn kata² ini. btullah apa kata org ckp, kita mudah melatah, mudah lupa. Siapa “kita”? korg tahu siapa “kita”.

Bukan bermakna kami tertekan sbab ada yg tak join. Ya, kami agak terkilan la sikit tp apa boleh buat, itu hak korang. Ada yg kerja, ada yg study, final.. memang dah dalam hati sesiapa pun, kalau seseorang tu ada masalah/hal pun, dia akan doakan yang terbaik.

Apa kaitan benda yg aku cakap ni dengan kata² tu..?

macam ni, tak bermakna korang tak join, u all gagal (dengan alasan korang).
Cuma, respon n support yang diberi, ditunjuk tu bagaikan luntur. Kami tak nampak pun semangat antara kita kawan² untuk majlis ni. Ada yang hilangkan diri, ada yang diam. Mintak tolong sikit, macam tolong hebahkan kat kawan² atau bagi pendapat pun susah ke?

Tiada semangat – respon & support yg luntur – menghilang/diam diri – tak usaha cari kawan²

INI LA YANG DIKATAKAN GAGAL. Aku ulang sekali lagi: GAGAL.
Kami tak kata yang tak datang tu gagal. TAK DATANG = BUKAN GAGAL.

First of all, masa kem dah tamat, mesti ramai yang cakap:
"insya allah kita akan jumpa lagi",
 "i'm hoping to see you again. gonna miss you"
& what-so-ever.

Lepas tu, dah lama-lama, mesti ada yg terfikir, "rasa macam nk jumpa balik kawan² lama la, rindu.."

so, kami pun tampil, dengan sukarelanya utk organize majlis ni.. bukan susah mana pun caranya..
YANG SUSAHNYA, nak cari balik kawan² & nk cari MODAL. Setakat berpenat untuk tulis surat², jumpa pihak kem, cari cikgu² bukan susah mana.. tak kisah pun.

KAMI BUKAN SUKA² NAK BUAT. Sebelum buat ni pun, kami dah tanya pendapat cikgu², orang ² lain, samada sesuai ke macam itu, macam ini.

Kita ada 400+ orang pelatih masa kat kem dulu.. sekarang ni, yang dah dapat dicari balik, ada la dalam 70-80 orang. Yang 70-80 ni la yang kita harapkan sama² cari balik kawan² kita yang lain.

AS FOR OUR CHINESE AND INDIAN FRIENDS, we are glad that we found many of you, eventho it has been a little bit late. N i hope that we can really cherish our friendship throughout the coming days.

maaflah kalau cara kami inform guna fb dan sms ni tak betul. Tak sediakan surat jemputan.  Ini cara yang terbaik, nak bagi kad jemputan kepada semua orang, kami tak mampu, mana nak cari modal. Cuba kira kos jemputan ni saje, mana nk dapat?

Maaflah kalau tarikh yang kami pilih ni tak betul. Tak betul tu pada sesetengah orang la kan.. ramai yang request supaya dibuat pada hujung tahun (as soon as possible pun ada), so, hujung tahun lah jadinya.

maaflah kalau ada antara kami yang terkasar bahasa. Kami bukan poyo, cuma bersemangat je. Ya, korang berhak utk rasa macam mana korang nak, tapi tak perlu sampai nak menjatuhkan orang lain.

MAAFLAH KALAU KAMI BUAT KERJA LEMBAB. MAAFLAH KALAU KAMI POYO DAN GATAL TANGAN NAK SUKARELA ANJUR MAJLIS NI. Lepas ni korang la buat. Kalau nak la kan...

Biarla apa orang nk kata, biar apa semua nak kata walau 50 orang sekalipun yang join.
SEKURANG-KURANGNYA YANG 50 NI DAPAT SAMBUNG BALIK HUBUNGAN SILATURRAHIM YANG DAH LAMA PUTUS, DAN DAPAT MENGEMBANG KAN LAGI HUBUNGAN.

“jatuh/gagal/kurang Berjaya sekali tak bermakna ianya untuk selama-lamanya”.

Kepada yang berkenaan; jangan korang mulakan benda² yang tak patut kat fb ni.
Kenapa aku cakap macam ni? Sebab:

1-    CARA KITA berkomunikasi DEPAN², telefon, dan juga facebook; berlainan.
First kita cakap macam ni, lepas tu cakap cara lain pulak. Cara kita terima apa orang cakap pun lain²..

2-    Facebook bukannya macam kedai kopi. Malah lagi teruk dari kedai kopi. Apa yang kita cakap boleh berubah-ubah bila disampaikan dgn macam² cara.. sekali seorang mulakan, nanti ia merebak. Dah merebak, JAHANAM LA HUBUNGAN KITA.

Mungkin cara kami approach anda tu kurang disenangi, oleh itu, maaf dipinta. TAPI,
Cara anda pun ada yang tak disenangi. So jangan fikir anda je betul..

Mula² cakap dalam phone/chatting. Lepas tu nk ikut hati sendiri je. Lepas tu pulak mula nk merabakkan perasaan sendiri n orang lain kat fb. APA SEMUA NI? Kita dah dewasa, takkan sikap sopan n sedikit profesionalism pun takleh nk maintain? Gunakan FACEBOOK TAK BERMAKNA ANDA ADA “FREEDOM OF EXPRESSION” !

Jangan mulakan kalau anda rasa hujah anda tak kuat.

Daa.. sekali lagi, mari la kita bermaaf-maafan. Tak perlu nk emo sangat. Tak perlu tunggu aidilfitri, CNY, deepavali segala... AKU MINTA MAAF UNTUK PIHAK PENGANJUR.

p/s: aku ingatkan sekali lagi. Memang korang ada yang kerja, belajar, macam² lagi. Kami Cuma mintak support dan kehadiran (kalau boleh) je.. kami tak minta benda yang bukan².


Cuba korang letakkan diri korang dalam situasi kami. Kami pun ada kerja, belajar, tapi still dapat cari masa dan ruang untuk buat semua ni. Tugas kami dalam hal ni lagi banyak dari korang semua, tak merungut pun kat korang. Kalau korang rasa kami ni mendesak korang, fikir balik. Desakan kami bukanlah “desakan”, tapi ajakan yang bersungguh-sungguh.

Korang nk cakap apa pun, cakaplah. Dah lali. Tapi kami kecewa la dengan komen yang ada unsur menjatuhkan sesama kita.

Biarkan aku bermimpi , jika itu boleh menghiburkan hati (Cinta Usah Dinanti :')


Kisah cinta penuh khayalan ini bakal membawa penggemar novel cinta yang menyoroti satu lagi konflik cinta yang amat memeritkan . Doa dan harapan sentiasa mengelilingi manusia . apa yang pasti tiada siapa yang mampu mengubah takdir yang telah ditentukan . bagi Aina , sehingga kini dia masih lagi pasrah walaupun pelbagai dugaan kian menimpa dirinya . kisah cintanya ini merupakan satu lagi cabaran hidup yang harus ditempuhinya dengan redha . dan walaupun kini cinta yang diharapkan hadir namun ia tidaklah semanis yang disangka . :)


Aina menghadapi pelbagai konflik peribadi dan dia membiarkan hidupnya hanyut dalam dunia khayalan . Dia meminati insan yang mustahil untuk dimiliki . Namun kuasa Allah tiada siapa yang dapat mengatasinya .
Kehidupannya berubah dengan takdir yang mendatang , lalu menjelmakan dirinya yang lain . Doa memakan diri , namun musibah yang menimpa membuatkan kehidupannya lebih bererti.


Budi , lelaki yang didambakan hadir jua di depan mata walaupun bukan untuk bertakhta di jiwa selamanya. Allah Maha mendengar kerana mewujudkan pertemuan itu meskipun tidak seindah impiannya.

Tamrin , dia hanya rakan sepermainan namun rupa-rupanya terpahat sebuah ikatan yang tidak pernah dirancang. Mereka mangsa keadaan lalu bibit-bibit percintaan tercetus dalam diam . Aina pasrah menerima ketentuan .


Kelebihan memberi makan kepada orang lapar :)


Diriwayatkan daripada Abu Zar al-Gifari r.a katanya:

“Telah bersabda Rasulullah S.A.W.: “Seorang Yahudi telah melaksanakan ibadah terhadap Allah Selama 60 tahun di dalam gereja. Pada suatu ketika pada hujan turun , tumbuhlah sekalian tumbuh-tumbuhan dengan suburnya . Melihat keadaan bumi yang subur itu maka Yahudi yang kuat beribadah berniat untuk melihat keindahan alam sekitarnya yang subur makmur itu. Di dalam hatinya dia berkata: “Alangkah baiknya seandainya aku berjalan-jalan melihat keindahan dan kesuburan alam sekitar , disamping itu aku tetap berzikir mengingati Allah , pastilah akan bertambah lebih baik.

Kemudian ‘abid tadi pun turun daripada gereja nya untuk berjalan-jalan dan melihat-lihat keindahan alam sekitar Allah itu. Dia membawa 2 keping roti sebagai bekalnya. Ketika dia sedang berjala-jalan menikmati keindahan ciptaan Allah itu , maka dia bertemu dengan seorang perempuan yang cantik. Apabila ‘abid bertemu dengan perempuan itu , maka kedua-duanya sentiasa bercakap-cakap dan berjalan bersama. Lama-kelamaan ‘abid jatuh cinta kepada perempuan itu , dan perempuan itu pun suka kepada si ‘abid. Akhirnya kedua tidak dapat menahan nafsu dan terjadilah perzinaan antara perempuan cantik dan si ‘abid. Setelah itu si ‘abid jatuh pengsan sehingga beberapa saat.

Setelah dia sedar daripada pengsannya , dengan segera dia pergi ke suatu tempat air dan dia pun mandi disana. Ketika itu tiba-tiba datang seorang yang kelaparan meminta rotinya. Oleh kerana tidak sampai hati melihat orang yang tengah kelaparan itu , maka diberikanyalah dua keeping roti yang dimilikinya itu kepada peminta yang datang padanya. Tidak berapa lama kemudian ‘abid tadi mati. Kemudian ditimbanglah sekalian amal ibadahnya yang telah dilakukannya selama 60 tahun itu. Dan ditimbang pulalah satu kesalahanya yang telah dilakukan itu iaitu berzina. Tiba-tiba zina yang hanya sekali dilakukan itu lebih berat timbanganya berbanding dengan amal ibadah yang telah dilakukanya selama 60 tahun.

Oleh kerana timbangan dosa lebih berat daripada timbangan pahala , maka diletakkan pula pahala sedekah dengan 2 keping roti yang pernah disedekah itu , maka timbangan pahala lebih berat dibanding dengan timbangan dosa , dan diampuni segala kesalahnya. Dalam kehidupan ini , perlu diingat bahawa setiap amalan yang kita lakukan akan dinilai oleh Allah S.W.T. , walau sebesar biji sawi sekalipun. Oleh yang demikian , beramalah sentiasa agar mendapat ganjaran daripda Allah S.W.T. Sesungguhnya , setiap amalan yang kita lakukan akan menjadi landasan dalam mengukur darjat kita di akhirat kelak. Semoga Allah S.W.T. akan melindungi kita kelak. Amin :)



)

Di kala keboringan sedang melanda diri! huaaawww :'(


selagi ada rindu hahaha :)



buai laju2 :)



tengok apakah itu :)



Shopping Time!!! ngeee :D


diberi duration cuti 1 week , ta taw nuk gi ane nieh , memang borink gilerr nya . nak jemput my mum or membe2 yang sudi hangout ngn aku laa , plan awal nak gi ke GENTING HIHGLAND's , tapi disebabkan masalah2 yang tidak  dapat di elakkan lagik , kteorang terpaksa cancel kan sume plan uhh , memang frust sesangat laa , coz da lame sangat nuk gi sana tapi tak dapat2 lagik nak gi , I try ma best too visit at PLACES hahaha , sebelum gi shopping uhh , kena fikir dulu barang pe nuk beli an? jangan tunjukkk jewk! nuk itu! nuk ini! ta ley cam uhh , sport check pocket atoi ade RM1 jek hah cane tuh?! kalau gi ngn mymum ley ahh pow fulus ckit! kalau gi ngan kawan malu terasa! . Aku da senaraikan barang2 yang aku nak beli . Mak oiii larii bajet aku bulan nieh . Kalau perfume aku sebulan 3 botol! hahaha . Taper2 yang penting wangi wooo! Tapi jangan laa sampai tader duit nak makan! okayyy , (SO SENYUM!!)


RooMate Ku!!

 Nie la roomate aku yang paling kirik itu alaa yang comey2 uhh nama nya Nurul Husna , pertemuan kami bermula dari hari pertama pendaftaran kemasukkan ke KKGP , die tegor aku , ''datang dari mana '' aku tak sempat nak kata ape2 lagik time tuh , hanya terkedu melihat keagungan anugerah Allah , die memiliki wajah yang sangat comel sekali , serius memang terpegun woo hahaha (kalau nunu baca nie mesti dia malu) . Lalu saya pun menjawab laa pertanyaan die tadi yang ta jawab  , ''saya datang dari ipoh'' . Pada asalnya dia satu dorm (sem1) , skang da up skit jadik roomate lak (sem2) n aku harap sangat persahabatn yang cuba kita bina ini tidak tercemar dengan anasir2 jahat . Aku sangat senang bersamerr dia . Shaye cyg kmooo nunu + cuna hahaha had lagik sorg tuh plak dak penang , die cool jewk hari2 nyanyi dalam toilet , idupnya hepi jew memanjang! ;) 

nie laa member aku yang paling sengal ubi skalik! hahaha (chan jgn marah yea just joke) at first aku masuk KKGP , memang ta pnah kenal pun minah nieh , dalam 3 minggu proses pembelajaran da mula , dak2 dorm aku de gtaw ade dak uma sewa lain nak masuk uma nieh , dorang memang citer kat aku yang buruk2 tentang dak nieh , wat aku rasa jelik wat kali pertama dia masok uma aku , haishhh nyampah gilerr laa time tuh ase nak simbah jek muka dia ngn air sabun! , tapi taper ahh dia tader wat salah kat aku pon  . Pada satu malam tuh aku tinggal bertiga jek kat dalam dorm , kawan2 aku yang lain kuar gi shopping kat pasar malam gerik . dak shengal ubi nieh datang lepak kat katil aku , kteowag mula mesra , dan aku terus tertanya2 nape dak uma aku buruk2 an dia . walhalnya dak nieh okayy jek , memang pelik gilerr ahh , sampai laa nieh dorang memang hate gilerr ahh kat dia dan aku yang da berprasangka buruk tadik da jadik bespren laa pulok . Hahahah chan or Siti Nur'aishah shaye shayang shangat shame kamooo..

Pahit Untuk Ditelan , Manis Untuk Dikenang


Saya Nuraimi Farhana Binti Mohamed Mokhtar atau lebih mesra di panggil Amy adalah bekas pelatih PLKN Kem Teluk Rubiah Lumut, Perak Kumpulan 2 Siri 5 / 2008. Saya di tempatkan dalam kompeni Alpha dan menginap di Dorm Maisarah. Sebelum ini saya tidak pernah terfikir saya boleh terpilih untuk menjalani program ini kerana ramai antara teman-teman saya yang begitu mengharapkan untuk menyertai PLKN tidak berjaya untuk menyertainya. Namun mungkin sudah rezeki saya walaupun tidak pernah berharap untuk pergi tetapi terpilih,

            Tanggal 19 Mac 2008 saya dihantar oleh keluarga di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh untuk menaiki bas ke Kem Teluk Rubiah. Saya banyak mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Bukan tidak mahu berkawan, tetapi terasa begitu berdebar memikirkan cabaran-cabaran yang akan saya lalui di PLKN. Namun perasaan berdebar itu hilang sebaik sahaja bas menyusuri kawasan kem. Saya terpegun melihat keindahan semula jadi Kem Teluk Rubiah yang terletak di tengah ladang kelapa sawit. Ia dibina pada tanah kelapa sawit seluas 10.11 hektar dan mula beroperasi pada tahun 2004. Memang benarlah kata orang Kem Teluk Rubiah terkenal dengan keindahan panoramanya dan berhampiran dengan pantai Teluk Rubiah.


             Sebaik sahaja sampai, kami telah diminta berkumpul untuk diberikan pakaian sukan, pakaian ke kelas, pakaian celoreng, kasut dan banyak lagi. Selain itu, kami juga dimaklumkan bahawa kami diberikan pelbagi kemudahan seperti dobi dan iron. Jadi soal menjaga penampilan diri sememangnya tidak menjadi masalah kerana kemudahan ada disediakan. Ini kerana tentu semua orang pun sedia maklum di PLKN amat mementingkan disiplin. Bukan sahaja dari ketepatan masa, tetapi juga kekemasan diri, oleh itu, kami perlu sentiasa pastikan diri kemas serta terurus. Pada mulanya saya juga sama seperti orang lain agak sukar membiasakan diri dengan rutin baru di sini. Namun oleh kerana teman-teman dan jurulatih semuanya peramah serta kami sentiasa berganding bahu dalam setiap aktiviti, saya semakin hari dan semakin seronok menjalani hidup di sini. Terasa kehidupan lebih bermakna dan punya hala tuju yang betul.                 

    Banyak pengalaman baru yang saya pelajari sepanjang menyertai PLKN dan antaranya ialah belajar Tarian poco-poco. Oleh kerana itulah, sebaik sahaja diberi peluang belajar tarian poco-poco, saya mengambil kesempatan tersebut untuk belajar bersungguh-sungguh. Di samping itu, terdapat empat modul utama yang diperkenalkan  iaitu fizikal, pembinaan karakter, kenegaraan, dan khidmat komuniti. Walau bagaimanapun dua modul yang menjadi kesukaan saya ialah Modul Fizikal dan Khidmat Komuniti. Di bawah modul fizikal kami telah mendapat pengalaman baru seperti melakukan penakikan turun ( abseiling), flying fox, kembara halangan, navigasi, kraf hutan, kawad kaki, sukan air ( rakit dan kayak ), sukan kreativiti, wirajaya, tempur tanpa senjata, latihan pertolongan cemas dan menembak di lapang sasar pengkalan TLDM, Lumut. Di sini juga kami berpeluang belajar tentang teori dan praktikal tentang sesuatu aktiviti. Walau bagaimanapun dalam kesemua aktiviti berikut pengalaman yang tidak dapat dilupakan serta paling manis ialah berpeluang serta merasai pengalaman menembak menggunakan colt M-16.


             Pengalaman sebegini mungkin tidak akan dapat saya rasai sekiranya saya tidak menyertai PLKN. Manakala bagi modul Khidmat Komuniti kami berkesempatan untuk keluar dari kem serta mengajar kami untuk hidup bermasyarakat. Aktiviti khidmat komuniti meliputi kawasan kejiranan, perkhidmatan sosial pada organisasi, alam sekitar dan kemudahan awam. Oleh itu, kami telah di bawa melawat Majlis Perbandaran Manjung, Rumah Sri Kenangan Taiping dan Lembaga kraf tangan Kuala Kangsar. Selain itu, sepanjang mengikuti modul-modul berikut pelbagai pertandingan antara kompeni telah di adakan seperti minggu sastera dan budaya, pertandingan rakit dan kayak antara kem, nasyid, kontrak kita janji (KKJ) dan kawad kaki. Secara tidak langsung melalui program ini kami telah belajar tentang kerjasama dan adat permainan itu pasti ada menang dan kalah. Walau bagaimanapun sama ada kalah dan menang apa yang penting adalah kerjasama. Sekiranya dahulu saya seorang yang takut pada kekalahan tetapi kini saya menjadi semakin matang untuk menerima kenyataan tersebut. Itulah kelebihan yang saya peroleh dari menyertai PLKN. Mampu mengubah diri menjadi yang lebih baik.


                      Kompeni saya (ALPHA) telah mendapat tempat ketiga dalam minggu bahasa dan budaya. Paling membanggakan lagi kami berjaya menjadi juara keseluruhan antara kompeni. Ini adalah kerana kesungguhan dan ketabahan ahli kompeni kami yang dibantu oleh jurulatih kompeni ALPHA yang terdiri dari Cikgu Johari, Cikgu Zulkifli, Cikgu Teoh, Cikgu Abmar, Cikgu Ana, Cikgu Sue




Mesra Kami Penawar Duka =)

nie laa gurlz2 yang menyinari kelas STM2B ..
at first jumpe dorang nieh aku egt lagik mase tuh kelas Perisian Aplikasi ..
Iaitu kelas Puan Kaswati .. dorang nieh nampak cam memang giler2 sombong nye ..
hahaha bak kata orang dulu2 laa (tak kenal maka tak cinta) aku berpegang pada kata-kata itu
dan mengarapakan sesuatu perubahan. Masuk minggu yang seterusnya ade larr sedikit perubahan .
mungkin at first dulu malu kot (huh perlu kew) maybe masing2 sedang tercarik2 ingin menyesuaikan diri dalam keadaan realiti hidup di KKGP ..
Yang at first diam cam PUCUK PAKU sekarang nieh?? hahaha tah laaa TUHAN aje yang tahu ..
Sepanjang persahabatan aku dengan dorang sume nie aku HEPI jewk .. tapi NO BODY PERFECT an ..
Paham2 sendirik lew (sedangkan lidah lagi tergigit ini)

yang
nie lak dak laky kelas aku , de yang perasan macho! kacak! nsem! jambu air! justien bieber! bruno mars! harry potter! david teo! and usher! hahahaha dak laky kelas aku memang happening gilerr kadang boleh pening gak layan karenah dorang nieh , fenin2 . walaupun dorg nieh gilerr2 n salu gilerr ponteng klaz n semedangnye tayar moto pecah! aku TABIK aarr kat dorg nieh , result memang gempak jew ., kte0rg nieh (gurlz)  yang hari-hari datang n ta pernah miss kelas pon ta ley dapat result cam dorang uhh(Ilmu ape korg pakai hah?) hahaha .
Kesimpulannya pelajar kelas aku nie lah yang paling 1Malaysia nye , Melayu , Cina , India (ko ade? tader an?) hahaha
 

Copyright 2015 © . Design by Aimy Farhana