Biarkan aku bermimpi , jika itu boleh menghiburkan hati (Cinta Usah Dinanti :')


Kisah cinta penuh khayalan ini bakal membawa penggemar novel cinta yang menyoroti satu lagi konflik cinta yang amat memeritkan . Doa dan harapan sentiasa mengelilingi manusia . apa yang pasti tiada siapa yang mampu mengubah takdir yang telah ditentukan . bagi Aina , sehingga kini dia masih lagi pasrah walaupun pelbagai dugaan kian menimpa dirinya . kisah cintanya ini merupakan satu lagi cabaran hidup yang harus ditempuhinya dengan redha . dan walaupun kini cinta yang diharapkan hadir namun ia tidaklah semanis yang disangka . :)


Aina menghadapi pelbagai konflik peribadi dan dia membiarkan hidupnya hanyut dalam dunia khayalan . Dia meminati insan yang mustahil untuk dimiliki . Namun kuasa Allah tiada siapa yang dapat mengatasinya .
Kehidupannya berubah dengan takdir yang mendatang , lalu menjelmakan dirinya yang lain . Doa memakan diri , namun musibah yang menimpa membuatkan kehidupannya lebih bererti.


Budi , lelaki yang didambakan hadir jua di depan mata walaupun bukan untuk bertakhta di jiwa selamanya. Allah Maha mendengar kerana mewujudkan pertemuan itu meskipun tidak seindah impiannya.

Tamrin , dia hanya rakan sepermainan namun rupa-rupanya terpahat sebuah ikatan yang tidak pernah dirancang. Mereka mangsa keadaan lalu bibit-bibit percintaan tercetus dalam diam . Aina pasrah menerima ketentuan .


0 nota cinta ♥:

 

Copyright 2015 © . Design by Aimy Farhana