Pahit Untuk Ditelan , Manis Untuk Dikenang


Saya Nuraimi Farhana Binti Mohamed Mokhtar atau lebih mesra di panggil Amy adalah bekas pelatih PLKN Kem Teluk Rubiah Lumut, Perak Kumpulan 2 Siri 5 / 2008. Saya di tempatkan dalam kompeni Alpha dan menginap di Dorm Maisarah. Sebelum ini saya tidak pernah terfikir saya boleh terpilih untuk menjalani program ini kerana ramai antara teman-teman saya yang begitu mengharapkan untuk menyertai PLKN tidak berjaya untuk menyertainya. Namun mungkin sudah rezeki saya walaupun tidak pernah berharap untuk pergi tetapi terpilih,

            Tanggal 19 Mac 2008 saya dihantar oleh keluarga di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh untuk menaiki bas ke Kem Teluk Rubiah. Saya banyak mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Bukan tidak mahu berkawan, tetapi terasa begitu berdebar memikirkan cabaran-cabaran yang akan saya lalui di PLKN. Namun perasaan berdebar itu hilang sebaik sahaja bas menyusuri kawasan kem. Saya terpegun melihat keindahan semula jadi Kem Teluk Rubiah yang terletak di tengah ladang kelapa sawit. Ia dibina pada tanah kelapa sawit seluas 10.11 hektar dan mula beroperasi pada tahun 2004. Memang benarlah kata orang Kem Teluk Rubiah terkenal dengan keindahan panoramanya dan berhampiran dengan pantai Teluk Rubiah.


             Sebaik sahaja sampai, kami telah diminta berkumpul untuk diberikan pakaian sukan, pakaian ke kelas, pakaian celoreng, kasut dan banyak lagi. Selain itu, kami juga dimaklumkan bahawa kami diberikan pelbagi kemudahan seperti dobi dan iron. Jadi soal menjaga penampilan diri sememangnya tidak menjadi masalah kerana kemudahan ada disediakan. Ini kerana tentu semua orang pun sedia maklum di PLKN amat mementingkan disiplin. Bukan sahaja dari ketepatan masa, tetapi juga kekemasan diri, oleh itu, kami perlu sentiasa pastikan diri kemas serta terurus. Pada mulanya saya juga sama seperti orang lain agak sukar membiasakan diri dengan rutin baru di sini. Namun oleh kerana teman-teman dan jurulatih semuanya peramah serta kami sentiasa berganding bahu dalam setiap aktiviti, saya semakin hari dan semakin seronok menjalani hidup di sini. Terasa kehidupan lebih bermakna dan punya hala tuju yang betul.                 

    Banyak pengalaman baru yang saya pelajari sepanjang menyertai PLKN dan antaranya ialah belajar Tarian poco-poco. Oleh kerana itulah, sebaik sahaja diberi peluang belajar tarian poco-poco, saya mengambil kesempatan tersebut untuk belajar bersungguh-sungguh. Di samping itu, terdapat empat modul utama yang diperkenalkan  iaitu fizikal, pembinaan karakter, kenegaraan, dan khidmat komuniti. Walau bagaimanapun dua modul yang menjadi kesukaan saya ialah Modul Fizikal dan Khidmat Komuniti. Di bawah modul fizikal kami telah mendapat pengalaman baru seperti melakukan penakikan turun ( abseiling), flying fox, kembara halangan, navigasi, kraf hutan, kawad kaki, sukan air ( rakit dan kayak ), sukan kreativiti, wirajaya, tempur tanpa senjata, latihan pertolongan cemas dan menembak di lapang sasar pengkalan TLDM, Lumut. Di sini juga kami berpeluang belajar tentang teori dan praktikal tentang sesuatu aktiviti. Walau bagaimanapun dalam kesemua aktiviti berikut pengalaman yang tidak dapat dilupakan serta paling manis ialah berpeluang serta merasai pengalaman menembak menggunakan colt M-16.


             Pengalaman sebegini mungkin tidak akan dapat saya rasai sekiranya saya tidak menyertai PLKN. Manakala bagi modul Khidmat Komuniti kami berkesempatan untuk keluar dari kem serta mengajar kami untuk hidup bermasyarakat. Aktiviti khidmat komuniti meliputi kawasan kejiranan, perkhidmatan sosial pada organisasi, alam sekitar dan kemudahan awam. Oleh itu, kami telah di bawa melawat Majlis Perbandaran Manjung, Rumah Sri Kenangan Taiping dan Lembaga kraf tangan Kuala Kangsar. Selain itu, sepanjang mengikuti modul-modul berikut pelbagai pertandingan antara kompeni telah di adakan seperti minggu sastera dan budaya, pertandingan rakit dan kayak antara kem, nasyid, kontrak kita janji (KKJ) dan kawad kaki. Secara tidak langsung melalui program ini kami telah belajar tentang kerjasama dan adat permainan itu pasti ada menang dan kalah. Walau bagaimanapun sama ada kalah dan menang apa yang penting adalah kerjasama. Sekiranya dahulu saya seorang yang takut pada kekalahan tetapi kini saya menjadi semakin matang untuk menerima kenyataan tersebut. Itulah kelebihan yang saya peroleh dari menyertai PLKN. Mampu mengubah diri menjadi yang lebih baik.


                      Kompeni saya (ALPHA) telah mendapat tempat ketiga dalam minggu bahasa dan budaya. Paling membanggakan lagi kami berjaya menjadi juara keseluruhan antara kompeni. Ini adalah kerana kesungguhan dan ketabahan ahli kompeni kami yang dibantu oleh jurulatih kompeni ALPHA yang terdiri dari Cikgu Johari, Cikgu Zulkifli, Cikgu Teoh, Cikgu Abmar, Cikgu Ana, Cikgu Sue




3 nota cinta ♥:

 

Copyright 2015 © . Design by Aimy Farhana