“orang yang gagal akan beri seribu alasan dan orang yang berjaya akan beri satu sebab.”



Aduhai, nmpaknya ada yg MELATAH bla dtegur dgn kata² ini. btullah apa kata org ckp, kita mudah melatah, mudah lupa. Siapa “kita”? korg tahu siapa “kita”.

Bukan bermakna kami tertekan sbab ada yg tak join. Ya, kami agak terkilan la sikit tp apa boleh buat, itu hak korang. Ada yg kerja, ada yg study, final.. memang dah dalam hati sesiapa pun, kalau seseorang tu ada masalah/hal pun, dia akan doakan yang terbaik.

Apa kaitan benda yg aku cakap ni dengan kata² tu..?

macam ni, tak bermakna korang tak join, u all gagal (dengan alasan korang).
Cuma, respon n support yang diberi, ditunjuk tu bagaikan luntur. Kami tak nampak pun semangat antara kita kawan² untuk majlis ni. Ada yang hilangkan diri, ada yang diam. Mintak tolong sikit, macam tolong hebahkan kat kawan² atau bagi pendapat pun susah ke?

Tiada semangat – respon & support yg luntur – menghilang/diam diri – tak usaha cari kawan²

INI LA YANG DIKATAKAN GAGAL. Aku ulang sekali lagi: GAGAL.
Kami tak kata yang tak datang tu gagal. TAK DATANG = BUKAN GAGAL.

First of all, masa kem dah tamat, mesti ramai yang cakap:
"insya allah kita akan jumpa lagi",
 "i'm hoping to see you again. gonna miss you"
& what-so-ever.

Lepas tu, dah lama-lama, mesti ada yg terfikir, "rasa macam nk jumpa balik kawan² lama la, rindu.."

so, kami pun tampil, dengan sukarelanya utk organize majlis ni.. bukan susah mana pun caranya..
YANG SUSAHNYA, nak cari balik kawan² & nk cari MODAL. Setakat berpenat untuk tulis surat², jumpa pihak kem, cari cikgu² bukan susah mana.. tak kisah pun.

KAMI BUKAN SUKA² NAK BUAT. Sebelum buat ni pun, kami dah tanya pendapat cikgu², orang ² lain, samada sesuai ke macam itu, macam ini.

Kita ada 400+ orang pelatih masa kat kem dulu.. sekarang ni, yang dah dapat dicari balik, ada la dalam 70-80 orang. Yang 70-80 ni la yang kita harapkan sama² cari balik kawan² kita yang lain.

AS FOR OUR CHINESE AND INDIAN FRIENDS, we are glad that we found many of you, eventho it has been a little bit late. N i hope that we can really cherish our friendship throughout the coming days.

maaflah kalau cara kami inform guna fb dan sms ni tak betul. Tak sediakan surat jemputan.  Ini cara yang terbaik, nak bagi kad jemputan kepada semua orang, kami tak mampu, mana nak cari modal. Cuba kira kos jemputan ni saje, mana nk dapat?

Maaflah kalau tarikh yang kami pilih ni tak betul. Tak betul tu pada sesetengah orang la kan.. ramai yang request supaya dibuat pada hujung tahun (as soon as possible pun ada), so, hujung tahun lah jadinya.

maaflah kalau ada antara kami yang terkasar bahasa. Kami bukan poyo, cuma bersemangat je. Ya, korang berhak utk rasa macam mana korang nak, tapi tak perlu sampai nak menjatuhkan orang lain.

MAAFLAH KALAU KAMI BUAT KERJA LEMBAB. MAAFLAH KALAU KAMI POYO DAN GATAL TANGAN NAK SUKARELA ANJUR MAJLIS NI. Lepas ni korang la buat. Kalau nak la kan...

Biarla apa orang nk kata, biar apa semua nak kata walau 50 orang sekalipun yang join.
SEKURANG-KURANGNYA YANG 50 NI DAPAT SAMBUNG BALIK HUBUNGAN SILATURRAHIM YANG DAH LAMA PUTUS, DAN DAPAT MENGEMBANG KAN LAGI HUBUNGAN.

“jatuh/gagal/kurang Berjaya sekali tak bermakna ianya untuk selama-lamanya”.

Kepada yang berkenaan; jangan korang mulakan benda² yang tak patut kat fb ni.
Kenapa aku cakap macam ni? Sebab:

1-    CARA KITA berkomunikasi DEPAN², telefon, dan juga facebook; berlainan.
First kita cakap macam ni, lepas tu cakap cara lain pulak. Cara kita terima apa orang cakap pun lain²..

2-    Facebook bukannya macam kedai kopi. Malah lagi teruk dari kedai kopi. Apa yang kita cakap boleh berubah-ubah bila disampaikan dgn macam² cara.. sekali seorang mulakan, nanti ia merebak. Dah merebak, JAHANAM LA HUBUNGAN KITA.

Mungkin cara kami approach anda tu kurang disenangi, oleh itu, maaf dipinta. TAPI,
Cara anda pun ada yang tak disenangi. So jangan fikir anda je betul..

Mula² cakap dalam phone/chatting. Lepas tu nk ikut hati sendiri je. Lepas tu pulak mula nk merabakkan perasaan sendiri n orang lain kat fb. APA SEMUA NI? Kita dah dewasa, takkan sikap sopan n sedikit profesionalism pun takleh nk maintain? Gunakan FACEBOOK TAK BERMAKNA ANDA ADA “FREEDOM OF EXPRESSION” !

Jangan mulakan kalau anda rasa hujah anda tak kuat.

Daa.. sekali lagi, mari la kita bermaaf-maafan. Tak perlu nk emo sangat. Tak perlu tunggu aidilfitri, CNY, deepavali segala... AKU MINTA MAAF UNTUK PIHAK PENGANJUR.

p/s: aku ingatkan sekali lagi. Memang korang ada yang kerja, belajar, macam² lagi. Kami Cuma mintak support dan kehadiran (kalau boleh) je.. kami tak minta benda yang bukan².


Cuba korang letakkan diri korang dalam situasi kami. Kami pun ada kerja, belajar, tapi still dapat cari masa dan ruang untuk buat semua ni. Tugas kami dalam hal ni lagi banyak dari korang semua, tak merungut pun kat korang. Kalau korang rasa kami ni mendesak korang, fikir balik. Desakan kami bukanlah “desakan”, tapi ajakan yang bersungguh-sungguh.

Korang nk cakap apa pun, cakaplah. Dah lali. Tapi kami kecewa la dengan komen yang ada unsur menjatuhkan sesama kita.

3 nota cinta ♥:

Corat-coret said...

macam penah aku bace jek .... hehe

Nur Aimi Farhana said...

haha sshhhh diam2 suda ngee :D

Nur Aimi Farhana said...

cantek! tertarik! memang da BOMB! hahah

 

Copyright 2015 © . Design by Aimy Farhana