Happy Belated Father’s Day

Ya Allah , lately neh aku busy sangat . Cehhh! Busy sangat laa kunun , hampir² terlupa wei , nak wish kat abah , happy father’s day . Errgghhhh apsal tetibe lak ase sayu jew aku neh . Along , panggilan aku dalam keluarga , memandangkan aku adalah anak sulong . Abah begitu berharap kejayaan dari aku . Begitu besar pengorbanan abah pada aku . Memang  takkan dapat ku balas semuanya . Tapi InsyaAllah diizinkan tuhan , ada rezeki , dan jika umur along panjang , along nak tengok mama dan abah pergi ke Tanah Suci Mekah . Memang dah begitu lama aku angankan . Insya Allah Aminnnn =) .

Aku neh antara orang yang paling keras kepalanya (kecuali batu laa) . Aku memang seorang yang sangat degil (aku akui) . Aku seorang yang sangat tinggi tahap panas baranya (memang kurang kesabaran) . Aku cuba ubah . Tapi tak boleh . Dia dah sebati dalam diri aku , aku akan cuba kuasai nya juga , walau bukan 50% tapi 25% pun jadik laa ehh . Hehehe . Bila umur semakin meningkat kedewasaan . Baru lah aku sedar bukan nya senang nak jadi senang , dan bukannya susah nak jadi susah . Melihat ketabahan abah membesarkan kami sekeluarga membuatkan semangat aku lebih berkobar² cehh wahhh . Abah , along sayang abah … halalkan lah makan minum along ya abah . Along nak mintak maaf banyak² kat abah eks !


Lebiu abah


0 nota cinta ♥:

 

Copyright 2015 © . Design by Aimy Farhana