RAMADAN bulan penuh keindahan ツ


Masa berlalu begitu pantas  . Diluar sedar kita kann . Ramadan sudah menghampiri kita . Walaupun tinggal beberapa hari jek lagik . aku tak sabar rasanya untuk menanti ketibaan bulan yang mulia ini . maklumlah bulan Ramadan merupakan penghulu segala bulan dan kedatanganya membawa seribu rahmat kepada kita semua .

Bila bulan puasa menjelma . aku menyimpan pelbagai niat . aku berazam nak berpuasa penuh dan lakukan banyak bersedekah . di samping itu aku turut berazam melakukan amalanamalan yang mulia seperti tidak cepat marah , sabar , serta menahan diri dari melakukan perkara yang dilarang agama .

Malahan banyak lagi niat yang aku tanamkan . namun untuk mengecapi sesuatu yang indah dan baik itu tentunya banyak pengorbanan dan kesabaran . justeru itu aku perlu banyak bersabar menghadapi apa jua cabaran dan dugaan yang bakal ditempuhi sepanjang menjalani ibadah Ramadan . Ramadan merupakan bulan yang penuh keindahan . walaupun ia datang dan pergi setiap tahun . namun setiap kali datang aku tetap tidak sabar dan berdebar setiap kali menanti kedatangan bulan yang penuh istimewa ini .

Biasanya pada bulan Ramadan cam gini laa aku mengambil kesempatan berkumpul dan berbuka puasa bersamasama keluarga dan jugak rakanrakan . Bagi yang sudah berkeluarga timetime cam nie laa berpeluang memasak dan menyediakan keenakan air tangan sendirik untuk dijamu pada keluarga . hehehe .

Mengimbas sejenak di bulan Ramadan . antara juadahjuadah yang menjadi hidangan wajib aku ketika berbuka puasa seperti kuih muih tradisional  , bubur , pudding , lauk pauk . Setiap kali Ramadan ini adalah antara menu aku dan family . Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang . aku ingin mengucapkan SALAM RAMADAN ALMUBARRAK . Semoga kita bersamabersama dapat menjalani ibadah berpuasa ini dengan sempurna sekali . Aminnnn . J



0 nota cinta ♥:

 

Copyright 2015 © . Design by Aimy Farhana