MAJLIS KONVOKESYEN MYDIN MERU RAYA IPOH


MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) DI PASARAYA BESAR MYDIN MERU RAYA IPOH .


Disempurnakan oleh YB. Senator Dato' Maznah Binti Mazlan , merupakan Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia , Pada Khamis , 27hb September 2012 .



Apa itu Sistem Latihan Dual Nasional ? 

SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional . 'Dual' bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu di tempat kerja yang sebenar dan Institut latihan . Program ini dikendalikan oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di bawah Kementerian Sumber Manusia .


Ucapan oleh YB. Senator Dato' Maznah Binti Mazlan , merupakan Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia .


Majlis Istiadat Konvokesyen SLDN yang Pertama 

Seramai 78 orang perantis yang merupakan Kumpulan Perantis Pertama SLDN telah menamatkan program dan menerima sijil kemahiran mereka pada Majlis Konvokesyen . Perantis-perantis ini terdiri dari pelbagai tahap kemahiran iaitu : 


Sijil Kemahiran (SKM) Tahap 1 
Sijil Kemahiran (SKM) Tahap 2 
Sijil Kemahiran (SKM) Tahap 3 

Istiadat Konvokesyen hari ini disempurnakan oleh YB. Senator Dato' Maznah Binti Mazlan , Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia , mengiringi YB Dato' Dr. Haji. Ameer Ali Mydin , Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. dan juga Ahli Lembaga Pengarah yang lain . 


Pendaftaran untuk pihak media :)

Kami wakil media dari Blogger Perak .

Sahabat Blogger Perak , bersama saudari Ain

#3DaraPingitan , Masih Available :p

Ain main caaak ! caaakkK! :p

Keris Istiadat :D

YB. Senator Dato' Maznah Binti Mazlan sempat menjeling ke arah kuh! hikhik :)




Wajibb hadoo ! hihik :p

Bodoh yang tidak boleh diajar adalah bodoh sombong :)

p/s : terima kasih sudi baca sampai abes :) 

Majlis Rumah Terbuka Aidilifitri Mydin Manjoi Ipoh :)


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pasar Raya Besar Mydin Manjoi Ipoh Perak .
8 September 2012 bersamaan pada hari Sabtu

Yang diserikan dengan kehadiran tetamu kerhormat YB Dato' Seri Hj. Ahmad Husni Bin Hanadzlah , Menteri Kewangan Kedua merangkap Ahli Parlimen Tambun mengiringi beliau YB Dato' Haji Nadzri Bin Hj. Ismail (ADUN) Manjoi , dan YBhg. Dato' Dr Hj. Ameer Ali Bin Mydin , Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad . Turut mengunjungi rumah terbuka ini ialah ketua - ketua kampung dari 6 daerah di Gugusan Manjoi beserta ahli lembaga pengarah Mydin yang lain . 


view pentas utama :)


5,000 tetamu jemputan dijangka hadir :)

Dianggarkan 5,000 orang tetamu dari pelbagai kaum akan hadir untuk memeriahkan Majlis Rumah Terbuka di Pasar Raya Mydin Manjoi ini, yang diadakan buat pertama kalinya khas meraikan semua pengunjung yang datang ke Mydin Mall , Manjoi .



Orang ramai hadir secara peringkat berperingkat , semua berjalan dengan lancar :)

Ramadan Dihayati , Syawal Dirai :)

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ini dapat memberikan kemeriahan dan kegembiraan Aidilfitri untuk di kongsi bersama sama oleh semua penduduk di kawasan Manjoi dan sekitarnya .

Untuk kesekian kalinya kami warga Blogger Perak di jemput oleh wakil pihak Mydin, menghadirkan diri bagi memeriah dan meraikan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Mydin Manjoi ini .



sidang media bersama pihak media yang hadir :)


tediaaaa , nak makan cendol punye pasal sanggup berbaris haaaaa . takpe laa takpe laa aku mengalah ! kempunan tak dapat rasa cendol kat sini . pulang dengan hati yang hampeee! 
;(


last but not least ;)

Kami berdua wakil dari Blogger Perak yang hadir saya Aimi Farhana dan Norayu .

p/s : sorang lagik wakil blogger perak Derita Merindu balekk awal . tak jumpa dia ponn :D



Hargailah setiap susah payah DAN pengorbanan seseorang kepada kita sebelum kita mahu apa yang kita korbankan DAN usahakan dihargai oleh orang lain :')

p/s : terima kasih sudi baca sampai abes :) 

Aidilfitri 2012 ♥


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Assalamualaikum!!  masih belum terlambat lagik rasanya saya Aimi Farhana dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR dan BATIN!!  kepada seluruh pembaca blog ini . Mekasihhhh! ;)



Macam biasa laa pepagi rayer orang lain sibuk nak beraya pi solat rayer aku kat umah kroohh~ kroooh~ teruk betei kann . well memalam raya teman mama pi shopping . last last minute punye shopping  konon lahh! KONON! malam rayer orang lain dok sibuk seronok kat kampung berkumpul reramai . Aku?? takbir raya dalam kereta lah . Malam tuw decide nak pegi kuala kangsar saja laa nak cuci cuci mata . bak kata mama.. Orang tok sah cita laa memang ramai gile . bisik dengan mama ingat kita jerr yang merayap memalam rayer rupe²nya ade geng! hahak ;p 

pusing pusing takde satu benda pon yang melekat kat hati nak beli! tapi malam tuw kite jumpa pelakon Reza Hasbi! korang kenal tak diaa? ;p dia meniaga taw dua kali kita pusing kawasan tuw . konon nak buat confirmation . wakakaka . second round tuw kite tengok muke dia , dia senyum dekat kite okay *pengsaaaannn! over kau jah! hahak ;p walaupun pulang dengan tangan kosong dan hampa . tapi disebabkan Reza Hasbi dan senyum kat kitew ahhhh terbayang-bayang wajah ayu dia . hahak ;p

Seperti kebiasaan tiap tiap tahun.. hanya beraya di Ipoh sahaja.. beraya rumah opah , keluarga sebelah mama . Meh laa . meh laa korang layan laa gambar gambar  Aidilfitri 2012

Wif Mama! Abaikan muka mama yg mcm hantu tepung tuw! hihihik ;) — with  Analiza Kamalul Ariffin at Umah Mama.


Dari atas kiri sekali mama aku , mak long , mak lang..
duduk depan Aku (Aimi Farhana) mak su aku dan anak-anaknya . 

Okay kami dibuli oleh Pak Lang aku! pandang kiri sumeeeeee! hahak ;p

Kami masih di buli! sila pandang kekanan pulakkkk .. wakakaka ;p

Pess timeeee kot aku pakai baju rayer sama kaler ngan mama , macam berjanji pulak sume pakai kaler pepel . Inilah yang dikataka SEHATI SEJIWA yewww dok? melalui pemerhatian aku this year ramai yang choose kaler purple kan sebagai tema rayer . nicely kite geng lahhh!! hihihihi ;p


Adik aku yang bongsu bersama sepupu sepapat merangkap anak maksu aku! 


Dari kiri Haznina Nur Shazana , Aqiff Haidar , Dayana


Kaum adam tengah melepak! hihihihi ;p


last but not least ;)
helloo i'm Aimi Farhana 



Moga Allah mematikan kita dalam keadaan "Husnul Khotimah"

dan menjauhkan kita mati tidak beriman "Suul Khotimah" . Aaminnn :'(






p/s : terima kasih sudi baca sampai abes :) 

Sahabat Selamanyaa ♡


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Di mulakan dengan بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Okay nak story kat korang hari niey dalam sejarah aku BER-iftar bersama kawan kawan sekolah yang dah bertahun tahun tidak bertemu . Dengan Izin dari-Nya kami dapat berkumpul dan juga kesungguhan dari kawan kawan . Kesepakatan itu perlu barulah kita akan dapat hasilnya . 

Kami semua seusia . 22 TAHUN okay! . Okay kami muda lagik . Ok bai! hehek :D . 





Bersungguh sungguh cik wawa nak kami beriftar bersama . gud job sayanggg dan ini lah hasil dari kesungguhan cik wawa :D 





Okay dari kiri kecil kecil molek tuw wawa , DD , aimi dan ain . Ain malam tuw shy! shy! meeeooowwW!! diaa . hehek :D

Okay ini sesi ramah mesra :) makanan tak sampai lagik . so kami snap! snap! . weeee ;)

Okay . peace peace lagik si Ain niey . makanan tak sampai lagik time niey :D






Okay ini sesi mentekedarah! hahak :p macam dah kosong jerr pinggan time niey kan . jenih senapas jerr makan hahahaaa :p



Okay ini muke ketika aku mengalami kekenyangan . Adesss bole sandar sandar sikit nak bagi makanan hadam! ok tak petua aku . hahak :p


Okay pinggan dah licin . Ini bukti yang sangat kukuh . sekukuh batu konkrit ! bahawa kami makan sangat pelahap . after a few minute sume pinggan memasing bersih :D


 Ok ini ain~ kawan satu kelas kite since form 4 - 5


Okay  dorang niey BFF~ :) nice to meet both of u  wehh!



Okay ini Jea dan Nanie 



Okay kite dengan adik Diedy yang comel ♥ 



Gegel sedang bergossippppp! hahahahaaaa . nampak tak keseriusan muke aku ketika bergossip -..-


Sesi memenuhkan perut dah setle . okay kami di pelawa untuk menyumbangkan suara pulak! Di taja oleh diri sendiri SDN. BHD . hahak . Inilah para retis yang tak bape nak retis . kalau aku dapat rakam ape yang terjadik masa karoke tadi . MasyaAllah~  

Sahabat-sahabat baik ini diibarat seperti dahan-dahan yang mengeluarkan daun, di mana pohon hijau yang mempunyai akar tunjang (keluarga) sebagai tempat kita bersandar dengan harapan dan kasih sayang, dan dahan-dahan dengan dedaunan yang mekar hijau ini (sahabat) pula memberi perlindungan untuk kita berteduh dari segala terik panas kesedihan. Jadi bersyukurlah dengan orang yang berada disekeliling kita dengan mendoakan yang terbaik untuk mereka :') 


kemainnn feel~ abes si wawa nieyh . hehek :p



Ini penari penari tak berbayor kami! mekasihhh kerana sudi memeriahkan majlis ;)


Snap for da last~ Ouhhhhyeahhhh!! lenkali kite lepaking camniey lagik yerrr . Ahakss terubat rindu! ;)



Carilah sahabat yang sangup menempuh hujan bersama kita .. Bukan yang hanya mahu menumpang payung kita . Tatkala hujan hilang dia pun hilang .. Peace!!

Terima Kasih pada yang menghadirkan diri tadi :

Nurul Ajera
Azmir Faiz
Laila Azwa Mohd Ismail
Aimi Farhana 
Nor Ain 
Hanizatul Nafiqa 
Nur Ain
Fakhrul Rizal 
Mohd Rauf



p/s : terima kasih sudi baca sampai abes :) 

Jalinan Kasih : Majlis Berbuka Puasa & Pengagihan Bubur Lambuk


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

IPOH - (4 OGOS 2012) - MAGGI iaitu jenama mee segera yang termasyur di negara kita telah berkesempatan melakukan suatu aktiviti amal sempena 100 Tahun penubuhan Nestle . Bagi MYDIN dan MAGGI , ramadhan adalah masa yang tepat untuk membantu golongan yang memerlukan , dimana kedua-dua syarikat ini bekerjasama erat sejak tiga tahun lalu bagi mengedarkan bubur lambuk .. bubur istimewa yang telah disediakan secara gotong-royong dan tradisional sebagai juadah bagi berbuka puasa ke serata malaysia dan mengadakan Majlis Amal Berbuka Puasasa untuk anak-anak yatim.

Pada tahun ini MAGGI sekali lagi menganjurkan acara tahunan ini dengan mengedar bubur lambuk dengan menyediakan 100 buah periuk MAGGI bagi meraikan 100 Tahun Nestle . Sebanyak lebih kurang 243000 bungkus bubur lambuk telah diedarkan kepada seluruh pengunjung MYDIN MALL Meru Raya Ipoh Perak .




Perasmian aktiviti pengagihan bubur lambuk dan periuk oleh Yang Amat Behormat Menteri Besar Perak , Dato' Seri Diraja Dr. Zambry b. Abdul Kadir , bersama-sama Pengarah Urusan MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD,Yang Berbahagia ADUN Manjoi , YB Nadzri serta Dato' Bandar Ipoh , Dato' Haji Roshidi  Haji Hashim .

FOTO-FOTO SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN BUBUR LAMBUK MAGGI dan MYDIN MOHAMED HOLDING BERHAD :

TARIKH:4 OGOS 2012 (SABTU)
MASA   :4.00PTG - 6.OOPTG
LOKASI: MYDIN MALL MERU RAYA,PERAK











Meja santapan :)





Antara Blogger Perak yang hadir pada petang tersebut :

Kakak Fina dan Adik Wawa .. Muehahaha — Mydin Mall Bandar Meru Raya Ipoh Perak.


Sahabat kuh! ♥ — with Norayu Barbydol Full at Mydin Mall Bandar Meru Raya Ipoh Perak.


Hihi ♥ — with Mohd Fadzlikhan and Norayu Barbydol Full at Mydin Mall Bandar Meru Raya Ipoh Perak.


Dengan adik wawa ♥ Hahak :p — with Azwa Mohd Ismail at Mydin Mall Bandar Meru Raya Ipoh Perak.



Gambar aku harussss hado! hikss -.-




Antara Blogger Perak yang turut hadir :



Semulia-mulia sedekah .. adalah sedekah di bulan Ramadhan 

p/s : terima kasih sudi baca sampai abes :) 
 

Copyright 2015 © . Design by Aimy Farhana