My Friend Wedding ♥


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

"Cakap banyak pun tak guna , Sepak pun tak kena" Love can come n go , but..friendship , remains forever , being a friend to everyone , everybdy is enough to make me smile each time daripada takde kawan langsung . Alhamdulillah , Allah swt give me a lot lot lot of friends in my life . di setiap penjuru , baik muda , tua , kecik dan besar . Syukur . Tq to all my sahabat perjuangan . lets achieve n grab our dreams!

meh..meh..meh tengok sini.. lelong..lelong , kihkihkih .. suke-suke aku jerr nak lelong a.k.a jual anak dara orang kat blog. joke jer yerr.. hehe dunt be angry bird lerr hahaha.. bukan salu dapat gurau-gurau ganas cam niey , hehehe 5 tahun sekali dapat jumpa korang gila babin kann :) sumpah rindu giler kat korang rindu giler kat ex-student Smk Dato' Haji Mohd Taib , Chemor batch 2006 & 2007 , even kitaorang sume bukanlah satu kelas tapi bila berkumpul camniey rasa nya terubat rindu selama 5 tahun yang dah di peram , kahkahka terok-terok padahal rumah sume dekat-dekat belaka , bizi benor kann , kuikuikui :)

Wif Cik Aisyah


Dari kiri Cik Ain , Aku , Pengantin kita Puan Nurul Ajera , Cik Haniey , Cik Laila kitew 


kawan-kawan seperjuangan Ku! pada suatu ketika dahulu .. sedihnyaa :')


Conquer! itu pelamin , hewhew pengantin dari jauh dok usha jerr sambil berkata-kata didalam hati ''depa buad onar atas pelamin aku eyh'' kahkahkah :D 




Okay , actually ade dua wedding taw , on that date yang sama , dua-dua kawan sekolah aku , sebaya dengan aku , umur dorang 22 tahun sebaya aku taw! hahaha perlu ker aku mention banyak kali pasal umur tuw.. tak kot kannn , haha 

Okay ini pengantin yang pertama kita orang terjah !


wahhhh , segak kemain yerr En Azmir Faiz kitew dan pasangan nyer Puan Nurul Ajera hewhew

Manakala ini pengantin kedua yang kiteorang terjah , kuikuikui


Alhamdulillah selamat dah kawan-kawan aku niey , tumpang seronok laa , hari penuh dengan gelak ketawa! :)




Korang kena paham , selepas 5 tahun baru dapat jumpa tuw jadik cam niey ,  bukan main seronok bergambor tak hengat.. hewhewhew , *sory entry kali niey paling banyak gambo! grrr ;) MAAFKAN SAYA ;)



Yang buruk datangnya dari saya. Dan yg Baik datangnya dari Allah :) segala pujian hanya untuk Allah :')



p/s : terima kasih sudi baca sampai abes :) 

Selamat Tinggal KKSS ♥

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Perasaan sedih dan sebak pabila mendengar kata-kata dari salah seorang pensyarah apabila memikirkan kami semua , pelajar sem akhir hanya berada di kolej kira-kira selama dua minggu sahaja lagi . selepas ini akan meninggalkan Kolej Komuniti buat selama-lamanya . terlalu sebak dan sayu sehingga pensyarah kami tidak dapat menahan kesedihan lalu gugur lah air mata seorang  pendidik yang telah mendidik rakan-rakan ku hampir dua tahun . even aku baru masuk kolej tahun niey pon aku turut rasa sayu , sebak dan sedih jugak . terpaksa berpisah dengan kawan kawan baru aku ini . 

Sungguh pun aku masih baru di sini . tapi banyak jugak yang dapat aku pelajari . terima kasih kepada kawan-kawan seperjuangan , tak lupa juga terima kasih pada pensyarah-pensyarah yang disayangi yang banyak membantu aku dan memberi kepercayaan yang penuh terhadap aku . 

Ok semalam 24 Mei merupakan 'Hari I.t' di kolej komuniti sungai siput . haha aku telah dipaksa dengan kejam sekali untuk menyertai pertandingan debat dan juga mempersembahkan final projek laman web . walaupun ia bukanlah dengan kerelaan hati . Alhamdulillah berkat kesungguhan hati dan ketabahan jiwa . dua-dua tuw aku dapat Naib Johan jerr jadi laa kan . aku memang tak berharap apa-apa kemenangan pon . but aku cuba beri yang terbaik , memandangkan aku mewakili kelas aku . sebab saingan sangat-sangatlah hebat .. sebab tu aku tak expect langsung aku boleh menang.. hehe gasak jer aku niey . kira lectre dah pilih kita tuw sebab dia percayakan kita laa kann ? kankankan? :) 

Kawan seperjuangan ku dari kiri Ila , Fatin , Aku , dan Cik Ayu :)



well kepoyoan teserlah kannn ? kuikuikui :P



ini kawan-kawan saya STM 4A

ini kawan-kawan saya jugaa STM 4B

Kawan-kawan seperjuangan , ini kawan-kawan kelas aku STM4C

Ok jom kita tengok gambar sekitar 'Hari I.t di KKSS'

Gambar keseluruhan pelajar semester akhir .. Bye² kawan² :')


Sekitar acara Pertandingan Debat yang di anjurkan oleh unit I.t . yang bertajuk . "Penggunaan facebook adakah memberi impak kebaikan kepada Pengguna" 

Inilah pengalaman pertama aku menyertai pasukan debat . ini lah pengalaman pertama aku selama 22 tahun aku hidup di muka bumi ini kahkahkah . dapat jugak aku menimba pengalaman . dari tak tahu ape-ape pon sebelum ini . kan kan kan ? heeee


Meminta maaf tidak bermakna anda betul atau salah, ia hanya bermakna anda menghargai hubungan anda lebih daripada EGO anda , kuasai ego anda , jangan ego yang mengusai diri anda



p/s : terima kasih sudi baca sampai abes :) 

Perasmian Mydin Meru Raya Ipoh Perak


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Hari ini 18 Mei 2012 Jumaat Pasar Raya Besar Borong Mydin (Hypermarket) yang kesembilan di Malaysia yang juga 'TERBESAR' di dalam rangkaian MYDIN dan yang pertama di Negeri Perak ku Tercinta ini berjaya juga di buka . Majlis perasmian di sempurnakan oleh Tuan Mydin Mohamed merupakan Pengasas dan Pengurusi Mydin Mohamed Holdings Berhad dan Isteri , Puan Rowshan . Mengiringi beliau ialah Dato' (Dr.) Hj Ameer Ali , merupakan Pengarah Urusan MYDIN pada masa kini serta barisan ahli lembaga pengarah MYDIN yang lain serta keluarga.

Pembukaan Mydin ini juga akan memberi manfaat dan menjadi alternatif tempat membeli-belah untuk penduduk dari Meru  , Jelapang , Chemor , Ipoh , Manjoi , Sungai Siput dan Kuala Kangsar . Mydin Meru Raya ini terletak di pusat intergrasi bandar baharu yang dikenali sebagai 'Putrajaya Perak' yang menjadi nadi kepada kawasan ini . Inovasi terbaru ini mengetengahkan konsep pusat membeli belah yang moden dan urban . Mydin tetap menawarkan harga yang rendah serta mampu dimiliki oleh setiap golongan masyarakat . 

Selain itu , terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti medan selera (Rasa Village) yang berhawa dingin , perkhidmatan Internet (Wi-fi) , mesin pengeluaran wang (ATM) , surau , kawasan tempat letak kereta percuma , bilik penyusuan dan menukar lampin bayi , perkhidmatan kerusi roda dan troli membeli belah telah disediakan untuk kegunaan dan keselesaan pengunjung . Selain dari ruang pasaraya yang luas , terdapat 56 lot pilihan gerai jualan (shop lot) , restoran makanan segera , pusat bowling dan pusat karaoke untuk semua pengunjung yang ingin meluangkan masa melakukan aktiviti keluarga semasa datang berkunjung . 

Kepelbagaian Produk terdiri daripada makanan dan bukan makanan boleh didapati disini . Selain daripada produk berjenama , MYDIN membuka ruang dan peluang baru kepada pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan memasarkan produk-produk keluaran mereka disemua pasaraya MYDIN . Kali ini MYDIN menampilkan pasaraya besar berkonsepkan mesra alam . MYDIN Meru ini akan menggunakan panel solar serta lampu T5 yang lebih menjimatkan elektrik serta mesra pengguna .

Selain Pasaraya Borong MYDIN Meru Raya , terdapat beberapa Pasaraya Borong MYDIN yang akan dibuka di beberapa lokasi lain yang strategik . Antara lokasi lain tersebut adalah di Manjoi Ipoh (Kampung Melayu Terbesar di Malaysia) , Bukit Mertajam Pulau Pinang , Taman Rinting , Johor Bharu , Mutiara Rini Johor Bharu dan di Jasin Melaka tidak lama lagi .


Sebagai tanda penghargaan MYDIN menawarkan harga istimewa sempena pembukaan hari ini (Jumaat 18 Mei 2012) Promosi ini diadakan selama 3 hari berturut . Bermula pada Jumaat (18 Mei 2012) . Sehingga hari Ahad (20 Mei 2012) Antara barangan promosi ialah : 

  • Ayam beserta kepala dan kaki 1Kg  :RM3.99
  • Udang Sederhana (M) 1Kg  :RM7.99
  • Tomato Segar 1Kg          :RM0.89
  • Tembikai Merah          :RM0.49
  • Beras Cap Langsat 10kg  :RM22.49
  • Set Gelas 6 biji  :RM1.90
  • Baju T -Wanita  :RM3.90
 Dan lain-lain lagi...




sekitar majlis sidang media bersama media :)

selepas sesi sidang media . majlis pon selesai . kami diberi layanan yang sangat baik oleh pihak Mydin . Terima Kasih :)

Jom² cuci mata.. tengok gambar sekitar majlis perasmian tuw bersama beberapa orang rakan² BLOGGER PERAK

Dari kiri Cik Ros Anisza , Cik Niaa , Kak Azza (Elite) Amy , Cik Ayu dan Saudara DM kiteww :)




1st time dating-datingan bersama ahli blogger² Perak . Cik Niaa chumels dan Cik Ros Anisza yang sempoy . Korang suweet sangat hehe :)




Apa tunggu lagi 
MENGAPA BAYAR LEBIH? BELILAH DENGAN HARGA BORONG!!
Moh kiter ramai-ramai weh .. serbu !
Pasaraya Borong MYDIN Meru Raya 
Hari ini juga!

Aku dengan berbesar hati kali ini menghadirkan diri kerana telah di jemput bagi mewakili pihak media (blogger) . Terima kasih kepada pihak Mydin Holdings Bhd sudi menjemput . Terima Kasih .

Tidak salah untuk cuba berbuat baik dan berlaku adil dengan semua orang, walaupun kita memang takkan dapat puaskan hati setiap orang



p/s : terima kasih sudi baca sampai abes :) 

Trip KL ♥

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Aku terpilih untuk menyertai lawatan sambil belajar yang di anjurkan oleh kolej aku . Pegi Lim Kok Wing kome .. Hahahaha . batak betui kan . ini lah padahnya sebab tak penah pegi . ape² pon trip kali niey best sangad . yang join sume sempoi² . riang ria hari raya laa katakan . haha .

Berjalan sakan! 28 niey dah final exam amy oiy .. hahaha . setiba kami di Lim Kok Wing kami di sambut macam retiss kome . entah pape jeww . tapi best best best sangad sangad . jalan red karpet gituww . bajet betui . kat sana memang speaking jelaa . aku paham ape orang tuw cakap . tapi nak balas balik cakap omputih failed laa . hahaha angguk² macam burung belatuk je laa :D kelakar betui


Okey gambaq niey time tunggu bus! grrr :D

yeayyyy!! kami dah naik bas :) ini kawan aku nama dia Cik Aiyu .

Ok ini antara view Universiti Lim Kok Wing Awsome sangad bila dapat tengok dengan mata kepala sendiri . Ini di namakan 'PLAZA' yang menjadik tumpuan pelajar . kiranya macam tempat dorang lepak-lepak , makan-makan sebab dekat kawasan plaza tu ade cafeteria taw . so senang laa sambil buad assgment boleh lepak dan makan . selalu tengok dalam Tv jew dalam drama . niey bile dah tengok sendiri . Ouhh cam niey yerr hahaha batak batak :D



Ok kami kat dalam galeri yang mempamerkan hasil-hasil karya bekas pelajar Lim Kok Wing :)

Ok niey pic time nak balik dahhhh . hehe ape-ape pon best sangat . disambut dengan meriah sekali kami pon enjoy . sebelum balik setiap seorang dari kami diberi goodies beg dari University Lim Kok Wing :)


Balik dari Lim Kok Wing terus pegi check In hotel . hotel bajet jer ponn . bukan hotel 4 bintang ke 5 bintang ke grrr :D jadik laa kan . FOC kan haha itu penting bukan nak tidoq lama-lama pon jap jew . 


Hahhhh . ade sape-sape tahu hotel niey kat mana ?? senang jew betul-betul bersebelahan dengan dataran merdeka . haishh senang cita hotel niey memang strategik laa untuk melakukan aktiviti membeli belah . sebab dekat sangad dengan Sogo . Jalan Masjid India lagik laa dekat . haha best2 :D

Pada sebelah malam pegi I-city pulak . batak lagik! hahaha memang tak penah pegi langsung laa . bila tak pergi tingin nak pegi . bila dah pegi . Ouhhh cam niey yerr rupenye i-city niey .. hahaha . bak kata orang KL .. lawa lagik lampu kat tepi jalan ngeh3 >_<

See ! orang tak penah pegi i-city kann . bila dah sampai sonok kemain lagikk hihihihi 




Ok balik dari i-city terus masuk bilik terkam katil kan . seharian berjalan . kepenatan sangat-sangat . 

Ok! jom kita tengok gambo lagik .. keesokan harinya pegi KL tower pulak hihihi..




takdak pon gambaq sorang-sorang sebab sumenye pulun nak bergambaq sekali . hahaha layankan jerr




Wanita menangis bukan kerana mereka lemah , namun kerana telah penat berpura-pura tersenyum meski hatinya terluka





p/s : terima kasih sudi baca sampai abes :) 

Hari Bahagia syiokkknyewww! ♥


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Fuhhhh... fuhhhhhh.. penat taw. korang tahu aku penat ? tak tahu kan . peduli hape korang kan kalau aku penat. hihihihi.. tapi aku masih mampu tersenyummm lebaq :D . Hari ini pada tanggal 5 May 2012 merupakan hari pertunangan maksu kepada Cik Ayu Barbdydol kitewww . bukan aku atau cik ayu punya pertunangan.. tapi nampak macam aku ngan ayu yang over sekali kann . biasa laa kiteorang memang suke interprame lebihh hihihihi.. temanya kaler pink! match sungguh ngan blog aku kan . comel sungguh kaler pink . walaupun ia bukan lah kaler pebret gua! hahaha tetibe kua gua' pulak kann :D

Kerana nak ikut tema pink aku bersungguh-sungguh suh mama jahitkan baju niey tuk aku . hahaha pagi tadi jugak siap baju niey . hahaha tengkiyuuu ya mama . aku memang suka susahkan orang :D ngeee tapi mama tetap layan karenah aku kadang kala yang agak menjengkelkan ini! 

Aku tak mau cite panjang lebaq . lumrah manusia lebih suka melihat dari membaca . ngeee :D

Fuhhhhh..fuhhhh kami COMEL takk ?? hahaha . perasan sudaa :D ngee

segak-2 depa kann :D semoga bahagia selalu yaa :D

kak zai di hari bahagia

adik badik godang! hehehe.. omeyy sumenyeww

bersama adik bongsu cik ayu :D 


inilah pelamin simple jew . handmade taw . hasil dari tangan ibu cik ayu barbydol kiteww HAHA :D


sebahagian hantaran dari pihak lelaki 

kak zai dan abg azmir

Selesai sudah . syukur dipanjatkan kepada Illahi . semoga impian kak zai dan abg azmir tercapai hingga ke jinjang pelamin . Aminn . tempoh pertunangan mereka 6 bulan sahaja . InsyaAllah bulan 11 nanti berlangsung lah majlis pernikahan nya InsyaAllah . 

Jika manis, Allah mengajarku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajar ku erti sabar. Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja' (mengharap). Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada). Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada 'musabbabil asbab' (Penyebab segala sebab) 



p/s : terima kasih sudi baca sampai abes :) 
 

Copyright 2015 © . Design by Aimy Farhana