Perasmian Mydin Meru Raya Ipoh Perak


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Hari ini 18 Mei 2012 Jumaat Pasar Raya Besar Borong Mydin (Hypermarket) yang kesembilan di Malaysia yang juga 'TERBESAR' di dalam rangkaian MYDIN dan yang pertama di Negeri Perak ku Tercinta ini berjaya juga di buka . Majlis perasmian di sempurnakan oleh Tuan Mydin Mohamed merupakan Pengasas dan Pengurusi Mydin Mohamed Holdings Berhad dan Isteri , Puan Rowshan . Mengiringi beliau ialah Dato' (Dr.) Hj Ameer Ali , merupakan Pengarah Urusan MYDIN pada masa kini serta barisan ahli lembaga pengarah MYDIN yang lain serta keluarga.

Pembukaan Mydin ini juga akan memberi manfaat dan menjadi alternatif tempat membeli-belah untuk penduduk dari Meru  , Jelapang , Chemor , Ipoh , Manjoi , Sungai Siput dan Kuala Kangsar . Mydin Meru Raya ini terletak di pusat intergrasi bandar baharu yang dikenali sebagai 'Putrajaya Perak' yang menjadi nadi kepada kawasan ini . Inovasi terbaru ini mengetengahkan konsep pusat membeli belah yang moden dan urban . Mydin tetap menawarkan harga yang rendah serta mampu dimiliki oleh setiap golongan masyarakat . 

Selain itu , terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti medan selera (Rasa Village) yang berhawa dingin , perkhidmatan Internet (Wi-fi) , mesin pengeluaran wang (ATM) , surau , kawasan tempat letak kereta percuma , bilik penyusuan dan menukar lampin bayi , perkhidmatan kerusi roda dan troli membeli belah telah disediakan untuk kegunaan dan keselesaan pengunjung . Selain dari ruang pasaraya yang luas , terdapat 56 lot pilihan gerai jualan (shop lot) , restoran makanan segera , pusat bowling dan pusat karaoke untuk semua pengunjung yang ingin meluangkan masa melakukan aktiviti keluarga semasa datang berkunjung . 

Kepelbagaian Produk terdiri daripada makanan dan bukan makanan boleh didapati disini . Selain daripada produk berjenama , MYDIN membuka ruang dan peluang baru kepada pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan memasarkan produk-produk keluaran mereka disemua pasaraya MYDIN . Kali ini MYDIN menampilkan pasaraya besar berkonsepkan mesra alam . MYDIN Meru ini akan menggunakan panel solar serta lampu T5 yang lebih menjimatkan elektrik serta mesra pengguna .

Selain Pasaraya Borong MYDIN Meru Raya , terdapat beberapa Pasaraya Borong MYDIN yang akan dibuka di beberapa lokasi lain yang strategik . Antara lokasi lain tersebut adalah di Manjoi Ipoh (Kampung Melayu Terbesar di Malaysia) , Bukit Mertajam Pulau Pinang , Taman Rinting , Johor Bharu , Mutiara Rini Johor Bharu dan di Jasin Melaka tidak lama lagi .


Sebagai tanda penghargaan MYDIN menawarkan harga istimewa sempena pembukaan hari ini (Jumaat 18 Mei 2012) Promosi ini diadakan selama 3 hari berturut . Bermula pada Jumaat (18 Mei 2012) . Sehingga hari Ahad (20 Mei 2012) Antara barangan promosi ialah : 

  • Ayam beserta kepala dan kaki 1Kg  :RM3.99
  • Udang Sederhana (M) 1Kg  :RM7.99
  • Tomato Segar 1Kg          :RM0.89
  • Tembikai Merah          :RM0.49
  • Beras Cap Langsat 10kg  :RM22.49
  • Set Gelas 6 biji  :RM1.90
  • Baju T -Wanita  :RM3.90
 Dan lain-lain lagi...




sekitar majlis sidang media bersama media :)

selepas sesi sidang media . majlis pon selesai . kami diberi layanan yang sangat baik oleh pihak Mydin . Terima Kasih :)

Jom² cuci mata.. tengok gambar sekitar majlis perasmian tuw bersama beberapa orang rakan² BLOGGER PERAK

Dari kiri Cik Ros Anisza , Cik Niaa , Kak Azza (Elite) Amy , Cik Ayu dan Saudara DM kiteww :)




1st time dating-datingan bersama ahli blogger² Perak . Cik Niaa chumels dan Cik Ros Anisza yang sempoy . Korang suweet sangat hehe :)




Apa tunggu lagi 
MENGAPA BAYAR LEBIH? BELILAH DENGAN HARGA BORONG!!
Moh kiter ramai-ramai weh .. serbu !
Pasaraya Borong MYDIN Meru Raya 
Hari ini juga!

Aku dengan berbesar hati kali ini menghadirkan diri kerana telah di jemput bagi mewakili pihak media (blogger) . Terima kasih kepada pihak Mydin Holdings Bhd sudi menjemput . Terima Kasih .

Tidak salah untuk cuba berbuat baik dan berlaku adil dengan semua orang, walaupun kita memang takkan dapat puaskan hati setiap orang



p/s : terima kasih sudi baca sampai abes :) 

6 nota cinta ♥:

Meor Adzim said...

MANA MALL nak open lagi?? jum terjah ..hehehe.. tq :)

Ros Anisza said...

korang berdua pun sweet jugak..nanti kita lepak sama-sama lagi ye...

Amy Farhana said...

@Meor Adzim: kita tunggu mydin manjoi hehehe :)

Amy Farhana said...

@Ros Anisza:hehehe..pasti² jgn lupe jemput jer yerr :)

Bro Framestone said...

Bestnye korang huhuhu

Amy Farhana said...

@Bro Framestone: Hehehe best2.. :)

 

Copyright 2015 © . Design by Aimy Farhana