MAJLIS KONVOKESYEN MYDIN MERU RAYA IPOH


MAJLIS KONVOKESYEN PERTAMA SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) DI PASARAYA BESAR MYDIN MERU RAYA IPOH .


Disempurnakan oleh YB. Senator Dato' Maznah Binti Mazlan , merupakan Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia , Pada Khamis , 27hb September 2012 .



Apa itu Sistem Latihan Dual Nasional ? 

SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional . 'Dual' bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu di tempat kerja yang sebenar dan Institut latihan . Program ini dikendalikan oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di bawah Kementerian Sumber Manusia .


Ucapan oleh YB. Senator Dato' Maznah Binti Mazlan , merupakan Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia .


Majlis Istiadat Konvokesyen SLDN yang Pertama 

Seramai 78 orang perantis yang merupakan Kumpulan Perantis Pertama SLDN telah menamatkan program dan menerima sijil kemahiran mereka pada Majlis Konvokesyen . Perantis-perantis ini terdiri dari pelbagai tahap kemahiran iaitu : 


Sijil Kemahiran (SKM) Tahap 1 
Sijil Kemahiran (SKM) Tahap 2 
Sijil Kemahiran (SKM) Tahap 3 

Istiadat Konvokesyen hari ini disempurnakan oleh YB. Senator Dato' Maznah Binti Mazlan , Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia , mengiringi YB Dato' Dr. Haji. Ameer Ali Mydin , Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. dan juga Ahli Lembaga Pengarah yang lain . 


Pendaftaran untuk pihak media :)

Kami wakil media dari Blogger Perak .

Sahabat Blogger Perak , bersama saudari Ain

#3DaraPingitan , Masih Available :p

Ain main caaak ! caaakkK! :p

Keris Istiadat :D

YB. Senator Dato' Maznah Binti Mazlan sempat menjeling ke arah kuh! hikhik :)




Wajibb hadoo ! hihik :p

Bodoh yang tidak boleh diajar adalah bodoh sombong :)

p/s : terima kasih sudi baca sampai abes :) 

Majlis Rumah Terbuka Aidilifitri Mydin Manjoi Ipoh :)


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pasar Raya Besar Mydin Manjoi Ipoh Perak .
8 September 2012 bersamaan pada hari Sabtu

Yang diserikan dengan kehadiran tetamu kerhormat YB Dato' Seri Hj. Ahmad Husni Bin Hanadzlah , Menteri Kewangan Kedua merangkap Ahli Parlimen Tambun mengiringi beliau YB Dato' Haji Nadzri Bin Hj. Ismail (ADUN) Manjoi , dan YBhg. Dato' Dr Hj. Ameer Ali Bin Mydin , Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad . Turut mengunjungi rumah terbuka ini ialah ketua - ketua kampung dari 6 daerah di Gugusan Manjoi beserta ahli lembaga pengarah Mydin yang lain . 


view pentas utama :)


5,000 tetamu jemputan dijangka hadir :)

Dianggarkan 5,000 orang tetamu dari pelbagai kaum akan hadir untuk memeriahkan Majlis Rumah Terbuka di Pasar Raya Mydin Manjoi ini, yang diadakan buat pertama kalinya khas meraikan semua pengunjung yang datang ke Mydin Mall , Manjoi .



Orang ramai hadir secara peringkat berperingkat , semua berjalan dengan lancar :)

Ramadan Dihayati , Syawal Dirai :)

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ini dapat memberikan kemeriahan dan kegembiraan Aidilfitri untuk di kongsi bersama sama oleh semua penduduk di kawasan Manjoi dan sekitarnya .

Untuk kesekian kalinya kami warga Blogger Perak di jemput oleh wakil pihak Mydin, menghadirkan diri bagi memeriah dan meraikan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Mydin Manjoi ini .



sidang media bersama pihak media yang hadir :)


tediaaaa , nak makan cendol punye pasal sanggup berbaris haaaaa . takpe laa takpe laa aku mengalah ! kempunan tak dapat rasa cendol kat sini . pulang dengan hati yang hampeee! 
;(


last but not least ;)

Kami berdua wakil dari Blogger Perak yang hadir saya Aimi Farhana dan Norayu .

p/s : sorang lagik wakil blogger perak Derita Merindu balekk awal . tak jumpa dia ponn :D



Hargailah setiap susah payah DAN pengorbanan seseorang kepada kita sebelum kita mahu apa yang kita korbankan DAN usahakan dihargai oleh orang lain :')

p/s : terima kasih sudi baca sampai abes :) 
 

Copyright 2015 © . Design by Aimy Farhana