Pre-wedding Aimy&Azhar

Hii, Assalamualaikum. Sebenarnya tak ingat langsung date kita orang buat prewedding ni, yang aku ingat hari sabtu je. Sebab sabtu aku kerja halfday, so lepas kerja bergegas balik rumah siap2 everything kat rumah. Seingat aku hari yang sama masa tu suami pun kerja dia dari Kuala Lumpur terus balik Ipoh semata-mata untuk pre-wedding ini. Aku hargai sangat pengorbanan dia waktu ni. Sebelah petangnya dah selesai segala dia bergegas nak balik Kuala Lumpur semula disebabkan dia terpaksa masuk kerja pada sebelah petangnya. Agak kelam kabut jugak.

Ketandusan cuti menyukarkan segala urusan bersama, so kena curi-curi waktu beginilah. Nak buek macam mano. hehehe. Janji semua dah setle. Okay untuk pre-wedding kali ni aku hire Silent Shutter Photographer sebagai official photog untuk pre-wedding, kalau mengikut perjanjian awal aku memang dah awal-awal nak hire dia sebagai official photog untuk majlis kenduri sebelah aku nanti, nak dijadikan cerita kakak kepada photog ni tarikh kenduri dia sama dengan aku. Makanya terpaksa laa aku mencari photog lain. Aku memang dah berangan-angan sebab aku suka hasil gambar-gambar dia dan tone warna dia. Apakan daya dapat hire untuk pre-wedding sajalah.


Lokasi pilihan aku untuk pre-wedding kali ni, di sekitar Ipoh je iaitu di Plan B. Perancangan awal nak shoot kat taman botani Ipoh, disebabkan aku dan suami sangat rushing petang tu so buat kat Plan B jelah. Dengan keadaan cuaca yang begitu tidak mengizinkan kami decide shoot setakat mana yang dapat je. Jiwa meronta-ronta nak tangkap gambar sepuasnya, tapi apakan daya sebelah petang hujan turun dengan lebatnya sekali. Apa pun Alhamdulillah semuanya dah selesai walaupun dalam ketidakpuasan hati ini. hahaha.. 







Majlis Menyambut Menantu di Gerik,Perak Klik SINI
Majlis Perkahwinan Aimy&Azhar Klik SINI
Majlis Pertunangan Aimy&Azhar Klik SINI



Thanks for reading this entry!
kindly visit our FB page : Senyum Itu Indah

Majlis Pernikahan Aimy&Azhar

Haii. Assalamualaikum. Hari berganti hari,masa berganti masa dalam pada dok hitung hari dan masa. Masanya pun sudah pun tiba. Persiapan perkahwinan sebenarnya agak kelam kabut jugak. Antara sebabnya aku ni ketandusan cuti, kekangngan kerja menyebabkan cuti tak dapat diluluskan, semua sedia maklum bila kita bekerja dalam persekitaran hospital memang susah cuti ni nak diluluskan, nak taknak every weekend aku cuba siapkan persiapan sekadar yang mampu. Entry kali ni nak kongsi sekitar majlis pernikahan aku. Majlis akad nikah dilakukan di rumah saje, memandangkan tok kadi tu nak datang rumah. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Tak payah nak keluar bagai pegi surau or masjid. Rumah tempatku dibesarkan menjadi saksi Ijab dan Qabul berlangsung. 



Secara fizikalnya aku lemah sangat pagi nak nikah tu, alkisahnya sebab tak cukup tidur malam tu, sebabnya berinai nak tidur lasak sangat pun tak boleh karang inai tu terconteng muka dah jenuh muahahaha. Maka tidur malam ku menjadi tidak lena, bila mana kaki tangan semua berinai ni banyak jugak dugaan dia sebenarnya seluruh badan menjadi gatal meronta-ronta minta digaru. Rasa nak marah pun ada rasa nk ketawa pun ada, nak marah pun tak guna itulah kenangan manis perkahwinan kita, nak ketawa pun tak berdaya dah sebab lemah sangat dah time tu. End up malam tu aku tidur depan pelamin yang bertemankan nyamuk tahu tak? nyamuk buli pengantin! huwaaaaaa.. ;'( Nak tido dalam bilik semua bilik dah penuh dengan saudara mara, nak tidur dalam bilik pengantin mama tak bagi katanya comot habis cadar tu nanti penuh dengan inai kalau aku tidur dalam bilik. Ok fine mama fine. Alaahhhh mama cakap malam ni je tidur luar lepas nih boleh tidur dalam bilik puas-puas dah sambil peluk bantal peluk empuk *dush kena sebijik kat muka aku* sekali mama perli daaa..



Keesokan harinya, masanya telah tiba hari yang kunanti-nantikan selama ini telah muncul. Sesudah subuh aku dah bangun. Sebenarnya pukul 3 pagi tu aku dah bangun dah basuh segala mak nenek inai kat tangan and kaki aku, lepas tu dapat laa aku tidur beberapa jam dengan lena sekali, dapat lah cover sikit rasak nangtok tu. Jadinya bila aku bangun pagi tu aku freshh sikitlah takde la rasa terok sangat pening kepala disebabkan kurang tidur. Aku nasihatkan korang jangan jadi cam aku tau. Bila nak kahwin ni kita kena tidur yang secukupnya, memandangkan pada siang hari tu kena menggunakan tenaga senyum yang pada tahap maksima 200% tauu.. tenaga senyum okay? Letih tau senyum masa kenduri.. Pagi-pagi bangun biasalah kann blurr tak tahu nak buat apa padahal nikah pukul 10 pagi cam tu. Pukul 8 pagi aku still tak mandi, sampailah dah kena sergah kelam kabut kejar toilet, mak andam pun dah ready ngam2 dalam pukul 9.45 aku dah siap bersolek bagai bak puteri dikayangan. Tengok cermin, seraya berkata.." Akak!! cantiknya akak make up, saya tak pernah rasa saya cantik macam ni sebelum ni".. Akak yang make up aku tu gelak2 kecil je melayan keterujaan aku sebab aku cakap benda tu berulang kali hahaha.. 


Dari dalam bilik aku dah dengar keriuhan di luar bilik, berbisik dalam hati.."pihak pengantin laki dah sampai ke? tok kadi dah sampai ke? tok kadi sesat tak agak2 cari rumah aku? macam-macam persoalan bermain dikepala otak, jantung sudah mula berdegup dengan kencang umpama kuda ku lari gagah berani pantasnya, terasa dah bahangnya kome, masa tu suhu badan dah mula naik turun seram sejuk dah mula melanda diri ada nak terkucil pun ada tapi ku tahan jebat. Pintu diketuk aku diminta keluar dari bilik, jengjengjeng! keluar2 makkk aii ramainya orang, Allahuuu nerbes nak menikah ni bukan kepalang rasanya. Perasaan dah bercampur baur tengok muka mama tengok muka abah, tengok muka saudara mara, dah rasa nak meleleh dah aku ni. Bila tengok muka bakal suami (masa tu tak jadi suami lagi) pulak memang rasa nak jatuh dah airmata ni *hebat tak lakonan aku* hehehehe.. 




Masa tok kadi bagi tazkirah sedikit perihal perkahwinan masa tu yang ada dalam kepala otak cepat laa sikit habis, nebes ni tok. Sebelum lafaz akad tok tu test power dulu, testing 1,2,3 suami dengan muka pucatnya aku rasa darah dia mesti dah berhenti mengalir sekejap, dia tak tahu darah aku ni dari tadi lagi dah berhenti mengalir :P. Tok kadi dan suami berjabat tangan,fuhhhh.. dengan sekali lafaz sahaja, hebat bukan? Lepas saksi kata sah! sah! nafas aku bagaikan terhenti seketika, sejurus itu airmata aku mengalir tanpa paksaan dengan mencurah2, sebak tak terkata terus aku mendapatkan mama dan peluk mama dan abah yang selama ini membesarkan aku yang sekarang sudah menjadi hak milik orang lain, Allahuu. . Sekelip mata berubah kan? Dari seorang anak aku sekarang bergelar seorang isteri. Masa tu dah rasa lega dalam pada masa yang sama perasaan still lagi bercampur2. Tak tahu nak gembira ke nak sedih ke nak menangis ke. Alhamdulillah kami dah selamat disatukan.







Majlis Menyambut Menantu di Gerik,Perak Klik SINI
Majlis Perkahwinan Aimy&Azhar Klik SINI
Majlis Pertunangan Aimy&Azhar Klik SINI

Cause all of me Loves all of you. ♥


Thanks for reading this entry!

Majlis Menyambut Menantu di Gerik,Perak

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik hari ni genap dah 5 bulan jadi isteri kepada suami ku yang tercinta, iaitu Encik Mohd Azhar Bin Mohd Nazeri. Amboii bukan main lagik yea terkejut kawan-kawan yang tengok aku dok jiwang bukan main lagi dekat Instagram tu yea..hikhik :p Life after married perlu kesabaran yang tersangat tinggi. Mencabar sangat. Tercabar rasa diri ini . Okay berbalik kepada niat asal aku terlebih rajin update blog hari ni nak cerita dengan uolls kenduri kahwin aku sebelah pihak suami. Kesahnya kenduri sebelah suami dari segi pemilihan busana perkahwinan design pelamin, semuanya haku yang pilih. Orang lelaki dorang nih buta hati sikit nak pilih yang cantik-cantik, maka diserahnya segala kuasa mutlak memilih kepada aku. Konsepnya kena redha jelaa ape pun jua segala pilihan aku. hehehe..

Kenduri sebelah pihak lelaki selang seminggu selepas tarikh kenduri rumah aku, kena ade jarak sampai seminggu disebabkan banyak faktor. Jatuh pada tarikh 8 Jun 2014, Ahad. Aku ni terlampau eksaited dua hari before kenduri aku dah terpacak kat rumah family mentua. Kenduri sebelah suami buat secara gotong-royong best uolls baru terasa kenduri kendara. Tapi bila duk rumah family mentua asyik kena marah je sebab dorang tak bagi aku buat kerja. Menangis dalam hati masuk bilik terus tidur. hehehehe

Walaupun kenduri rumah sendiri dah berlalu pergi tapi tetap terasa kehangatannya. Aicehhh. Nah aku sajikan uolls dengan gambar-gambar kenduri sebelah pihak suami. Gambar ni adik ipar aku yang bermurah hati baik pekerti yang snap kan. Menggunakan camera dslr daku. Manakala gambar ini telah di olah oleh tangan yang terlebih baja ini dengan ohsem sekali. kuikuikui.

Waktu family aku nak balik rasa macam sebak sikitlah aku kena ikut suami dah sekarang, dah tak boleh nak ikut keluarga balik Ipoh. Maka ditinggalkan aku bersama keluarga baru. Tapi disebabkan aku nih lepas tamat persekolahan aku dah biasa jauh dari family so takde laa rasa kekok sangat. Tempat isteri kan disisi suami.

Ini adalah sebahagian rombongan pihak dari keluarga aku.















p/s : terima kasih sudi baca sampai abes :) 
kindly visit our FB page : Senyum Itu Indah

Resepi Nasi Ayam MUDAH by Aimy Farhana


Bahan A (ini bahan untuk ayam)
5 ketul kepak ayam (aku suke kepak sebab tak banyak isi sangat)
1 sudu makan serbuk kunyit 
1 sudu makan lada hitam 
3 sudu makan kicap cap kipas udang 
1 sudu teh garam

Bahan B (untuk sambal kicap)

1 biji bawang putih
10 biji cili padi
1 sudu teh gula
1 sudu makan kicap cap kipas udang

Bahan C (untuk sos)

1 biji bawang putih 
4 biji cabai merah
2 sudu makan madu

Bahan D (untuk masak nasi ayam)

2 pot Beras
1 sudu teh mentega (aku prefer korang guna mentega 'Adela')
1 sudu teh garam 
1 paket perencah nasi ayam Mak Nyonya

Bahan E (Sup Ayam)

1 biji bawang merah (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1 biji halia (dihiris)
1 batang serai
1 sudu teh garam
1 sup bunjut

Cara Membuatnya :

Untuk bahan A kebiasaanya aku akan perap ayam satu malam. Kicap, kunyit dan lada hitam akan serap kedalam ayam, but before perap ayam kalau rajin korang rebus laa ayam tu dulu ye. Tapi ingat! jangan rebus terlalu lama nanti hancur pulak tekstur ayam tu. Sudahnya tak nampak lansung macam ayam. Ayam tu nanti masa menggoreng pun janganlah goreng terlalu lama bagi mengelakkan nanti isi ayam jadi keras. Sebab dah rebus kan before goreng tadi, so janganlah risau confirm isi ayam tu dah masak. 

Okay untuk bahan B boleh guna dua cara, kalau rajin boleh tumbuk pakai lesung batu, tapi kalau malas korang blande sajo okay.. 


Bahan C ni memang kena blande. Sebab kalau pakai lesung batu jenuh jugak nak bagi cabai merah tu hancur. So blande saje lah. 


Untuk masak nasi ayam, sangat mudah kalau guna perencah Nasi Ayam Mak Nyonya. Sebab mudah just tambah mentega dan sedikit garam secukup rasa. Senangkan tak payah nak guna air rebusan ayam. Rasa nasi ayam ni macam nasi ayam dekat KFC tu tau, inshaAllah for sure akan suka. agak jela sukatan air dia ye, make sure tak terlalu lembik dan terlalu kurang air nanti nasi akan mentah.


Untuk Bahan E untuk masak sup macam biasalah tumis laa bawang merah, bawang putih, halia, serai, kemudian tumis sampai naik bau bawang pun dah garing  masukkan air, dan garam secukup rasa, kemudian masukkan daun bawang dan daun sup. So siaplah sup tu.


For sure bahan yang aku gunakan memang ade kat dapur kan. Sebab aku memang tak gunakan bahan yang complicated atau pun bahan yang susah nak cari, sebab aku nih kurang rajin jugak. hehehehe :p

nak memasak nih kita kena kreatif jugak. 

Selamat Mencuba!


Majlis Perkahwinan Aimy&Azhar


Hai. Assalamualaikum. Hari ini ada sedikit masa yang terluang untuk Amy kongsi dengan kawan-kawan semua Majlis Perkahwinan Amy yang telah diadakan lebih kurang 3bulan yang lepas pada tarikh 30 Mei 2014 (Pernikahan) manakala 31 Mei 2014 (Majlis Persandingan). InshaAllah Amy cuba memberikan posting yang terbaik untuk kali ini, memandangkan genap setahun tidak menaikkan apa-apa diblog ini. Apa yang cuba Amy kongsikan disini semoga dapat memberi input kepada kawan-kawan yang di luar sana. Semoga kita sama-sama mendapat keredhaan dari Allah s.w.t InshaAllah. Aminn

Pada perancangan asalnya Amy dan suami ingin bernikah pada tarikh 14 Mac 2014 sempena ulangtahun kelahiran suami Amy. Kita hanya merancang, tetapi Allah s.w.t adalah perencana yang terbaik. Atas persetujuan dari pihak keluarga saya dan keluarga mentua, kami telah sepakat untuk memilih tarikh 30 Mei 2014 bersamaan 1 Syaaban 1435 Hijrah untuk bernikah. Alhamdulillah tepat jam 11.11 pagi, pada pagi Jumaat yang penuh barakah dengan sekali lafaz kami selamat disatukan dengan izin Allah InshaAllah. Alhamdulillah, Syukur segala puji bagi Allah.

Pemilihan busana pengantin dan pelamin dari segi warna dan rekaan adalah mengikut ciri-ciri yang dikehendaki oleh Amy sendiri, Alhamdulillah boleh amy katakan disini amy berpuas hati dengan apa yang sudah amy usahakan selama ini, sehinggalah Majlis Perkahwinan Amy selesai. Dari segi jamuan makan untuk tetamu, jamuan makan untuk pengantin, jamuan makan untuk keluarga sebelah pihak lelaki, buah tangan untuk tetamu, Amy serahkan segalanya kepada keluarga Amy. Alhamdulillah dikurniakan Mama, abah, saudara mara dan jiran tertangga yang banyak membantu dan menggerakkan seluruh jentera bagi menyempurnakan majlis yang penuh kesederhanaan ini tetapi dengan meriah sekali. Alhamdulillah

Pemilihan warna, Amy memilih untuk majlis pernikahan tema rona warna yang lembut melambangkan kesucian hati. Memang sengaja Amy memilih warna putih, putih melambangkan kesucian hati, kebersihan diri dan juga kebaikan bagi permulaan hidup yang baru sebagai pasangan suami dan isteri. Bagi majlis persandingan pula Amy memilih warna "Royale Blue", inspired by suami. Warna biru merupakan warna kegemaran suami. Alhamdulillah. Apa yang dihajati kami berdua termakbul oleh Allah s.w.t



Baju Nikah dan sanding dari Butik Haifa Bridal
Make Up Nikah dari Maria D'touch
Make Up Bersanding dari Haifa Bridal
Ukiran Inai dari Tokey Inai
Gambar yang super ohsem ini dari Monster de'art


sedikit sebanyak semoga dapat membantu korang semua yea, yang mana tengah membuat persiapan perkahwinan. InshaAllah.



Dari sudut Islam, perkahwinan adalah satu ibadah. Kerana ia ibadah yang disyariatkan oleh Islam, maka ia harus dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Perkahwinan adalah merupakan satu ibadah suci yang termaktub dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi. Dalam perkahwinan itu sendiri mengandungi banyak hikmah dan keistimewaan. Maka sesiapa yang mampu melaksanakannya dengan sempurna, maka ia dan pasangannya akan mendapat ganjaran.














Bercinta pada pertengahan tahun 2012, bertunang pada 1 September 2013 dan disatukan pada 30 Mei 2014. Alhamdulillah. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Perancangan Allah sangat sempurna. Walaupun 3 bulan dah menikah masih terdetik dalam hati ehhh aku dah menikah ke? MashaAllah masih tak percaya. Alhamdulillah jodoh sampai awal, rezeki dari Allah, di permudahkan segala-segalanya. Dari Majlis Pertunangan sampai laa ke Majlis Ijab dan Qabul. Ya Allah sungguh indah takdir mu Ya Allah. MashaAllah.

Bercinta selepas nikah sangat indah kawan-kawan. MashaAllah sangattt indah. 

Majlis Menyambut Aimy&Azhar Klik SINI
Majlis Perkahwinan Aimy&Azhar Klik SINI
Majlis Pertunangan Aimy&Azhar Klik SINI


p/s : terima kasih sudi baca sampai abes :) 
kindly visit our FB page : Senyum Itu Indah

My Own Design ♥


Kad Majlis Aqiqah & Berendoi , Khatan dan Ulangtahun kelahiran beserta banner :)



Biz Card Diyana Kitchen



Biz Card Ciksya Cookies




Semoga Allah murahkan rezeki kita semua.. 
Semoga Allah mudahkan urusan hidup kita semua.. Aminnn Yaa Rabbal Alamin.. :')
Sebarang pertanyaan boleh inbox dekat FB Page :)

Thanks for reading this entry!

p/s : terima kasih sudi baca sampai abes :) 

Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Perak Kali ke-10 ♡


Tahniah kepada para lulusan Kolej Komuniti Wilayah Perak di atas kejayaan menamatkan pengajian masing-masing . 

Seramai 680 orang graduan yang mengikuti pelbagai kursus di lima kolej komuniti menerima sijil masing-masing pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Perak kali ke-10 di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar . 

Kolej Komuniti terbabit ialah Kolej Komuniti Sg.Siput membabitkan 170 org pelajar, Kolej Komuniti Gerik 133 orang pelajar , Kolej Komuniti Chenderoh 74 orang pelajar , dan Kolej Komuniti Pasir Salak 189 orang pelajar .


Memasuki dalam perkarangan Dewan :)

Bersama Cik Aiyu , merangkap assistant kelas aku .

yang niey pulak dengan Cik Aishah , merupakan sahabat ketika menuntut di KKGERIK .

kawan sekelas Cik Aiyu dan Saudara Aminnur Hidayat :p

Bersama Mama tersayanggggg . I LOVE MA 

yeaaayyyy dah dapat Sijil . Thanks for the flower Cinta Hati MohdAzhar 

Antara sebilangan pelajar Kolej Komuniti Sg.Siput :))


Alhamdulillah , syukran jazilan ya akhi :)



dugaan hidup ini umpama memijak duri-duri yang tajam , mungkinkah di akhirnya nanti terbentang permaidani sutera , tapi masa akan terus brgerak memaksa kaki ini untuk terus melangkah pergi :'))


Terlebih dahulu , saya ingin menyusun sepuluh jari jikalau gambar ini telah menggangu gugat pemandangan anda , hehehe . Selesai sesi penyampaian sijil , kami di benarkan bersurai dan boleh mendapatkan ibu bapa masing-masing . Aku dari jauh dah senyum-senyum kambing , sampai-sampai je kat mama perkataan yang keluar dari mulut dia Congratulation sayangggggg.. so sweet kahkahkah! , lalu dia menghulurkan aku sejambak bunga , tak berapa nk jambak sangat laa , lagi pun ada 3 kuntum je bunga ros nya . hihi . TERIMA KASIH sahaja yang dapat ku katakan pada waktu tu . Nak nangis jurai2 air mata mama pulak kat tepi aku (haha malu laa pulok) . 


Akhir kata dari aku (kalau dia baca laa) hihi . 
Saya tulis nama awak di atas awan tetapi sayangnya ditiup angin , saya tulis nama awak di atas pantai tetapi sayangnya dipadam ombak , tetapi akhirnya saya tulis nama awak di dalam hati saya , biar ia kekal selamanya 



p/s : terima kasih sudi baca sampai abes :) 
kindly visit our FB page : Senyum Itu Indah

Felda Residence Hot Spring, Sg. Klah


Mengikut perancangan yang betul² dirancang sebenarnya nak gi kenduri kahwin , almaklumla , hari raya kan . jalan raya bersesak dengan kereta . Lebuhraya kalau ada 4 lorong pon belum tentu lancar nya , jadi nak dipanjangkan cerita , bertolak dari Ipoh kul 1 , cilok punya cilok , baik punya cilokkkk.. Kul 4 baru sampai rumah kenduri . Dah alang-alang sampai kami pon redah jer pergi kenduri tu . Abang dah siap berdialog ngan aku dalam kereta , kalau ade lauk kita makan laa yea , kalau takde kita berhenti jela makan kat tepi jalan yea , hikhik .

Tarikh : 11 OGOS 2013
Masa kejadian : Raya keempat
Lokasi Kejadian : Lebuhraya Utara Selatan , Trolak, Sungkai, Hot Spring, Sg. Klah
Antara yang terlibat : Gambar kat bawah nie laa , kalau nk cite sorang² pon belum tentu korang kenal .









Mohd Azhar & Aimy Farhana




Abang abang tough kiterrrr, hikhik Sharul , Mohd Azhar dan Azman :D heeee

Abangg dan Sayangggg ;)




















Sebelum balik gegedik dulu snap snap gambarrr.. hikhik :)

Bercinta dan Setia saat berada jauh dari mata, bukan sesuatu perkara yang mudah . Tapi kerana sayang , masing-masing akan mencuba sedaya upaya, supaya tiada hati yang terluka. Bila dah jauh , haruslah saling percaya . Bersangka baik juga kunci sesebuah hubungan .

Walau jauh di mata, bak kata orang dekat di hati , kan ? Yang jauh terasa dekat , dengan adanya kuasa teknologi yang serba canggih ini . Tapi jangan pula di salahgunakan . 

Di saat dia jauh , biarlah doa yang menyatu dan mendekatkan . Doa itu kan penghubung terbaik antara kita . Usah risau , jika dia benar milikmu , pasti akan menjadi milikmu jua . Walau jauh terpisah , dia pasti akan kembali juga .

Jodoh itu rahsia Allah . Sekuat mana kamu setia, sejauh mana kamu bercinta , kalau dia bukan tercipta untukmu , pasti kamu tidak akan bertemu . Tetapi jika dia memang jodoh kamu , sejauh mana dia pergi , dengan izin Allah , pasti dia akan kembali ;)



p/s : terima kasih sudi baca sampai abes :) 
kindly visit our FB page : Senyum Itu Indah

 

Copyright 2015 © . Design by Aimy Farhana