Majlis Perkahwinan Aimy&Azhar


Hai. Assalamualaikum. Hari ini ada sedikit masa yang terluang untuk Amy kongsi dengan kawan-kawan semua Majlis Perkahwinan Amy yang telah diadakan lebih kurang 3bulan yang lepas pada tarikh 30 Mei 2014 (Pernikahan) manakala 31 Mei 2014 (Majlis Persandingan). InshaAllah Amy cuba memberikan posting yang terbaik untuk kali ini, memandangkan genap setahun tidak menaikkan apa-apa diblog ini. Apa yang cuba Amy kongsikan disini semoga dapat memberi input kepada kawan-kawan yang di luar sana. Semoga kita sama-sama mendapat keredhaan dari Allah s.w.t InshaAllah. Aminn

Pada perancangan asalnya Amy dan suami ingin bernikah pada tarikh 14 Mac 2014 sempena ulangtahun kelahiran suami Amy. Kita hanya merancang, tetapi Allah s.w.t adalah perencana yang terbaik. Atas persetujuan dari pihak keluarga saya dan keluarga mentua, kami telah sepakat untuk memilih tarikh 30 Mei 2014 bersamaan 1 Syaaban 1435 Hijrah untuk bernikah. Alhamdulillah tepat jam 11.11 pagi, pada pagi Jumaat yang penuh barakah dengan sekali lafaz kami selamat disatukan dengan izin Allah InshaAllah. Alhamdulillah, Syukur segala puji bagi Allah.

Pemilihan busana pengantin dan pelamin dari segi warna dan rekaan adalah mengikut ciri-ciri yang dikehendaki oleh Amy sendiri, Alhamdulillah boleh amy katakan disini amy berpuas hati dengan apa yang sudah amy usahakan selama ini, sehinggalah Majlis Perkahwinan Amy selesai. Dari segi jamuan makan untuk tetamu, jamuan makan untuk pengantin, jamuan makan untuk keluarga sebelah pihak lelaki, buah tangan untuk tetamu, Amy serahkan segalanya kepada keluarga Amy. Alhamdulillah dikurniakan Mama, abah, saudara mara dan jiran tertangga yang banyak membantu dan menggerakkan seluruh jentera bagi menyempurnakan majlis yang penuh kesederhanaan ini tetapi dengan meriah sekali. Alhamdulillah

Pemilihan warna, Amy memilih untuk majlis pernikahan tema rona warna yang lembut melambangkan kesucian hati. Memang sengaja Amy memilih warna putih, putih melambangkan kesucian hati, kebersihan diri dan juga kebaikan bagi permulaan hidup yang baru sebagai pasangan suami dan isteri. Bagi majlis persandingan pula Amy memilih warna "Royale Blue", inspired by suami. Warna biru merupakan warna kegemaran suami. Alhamdulillah. Apa yang dihajati kami berdua termakbul oleh Allah s.w.t



Baju Nikah dan sanding dari Butik Haifa Bridal
Make Up Nikah dari Maria D'touch
Make Up Bersanding dari Haifa Bridal
Ukiran Inai dari Tokey Inai
Gambar yang super ohsem ini dari Monster de'art


sedikit sebanyak semoga dapat membantu korang semua yea, yang mana tengah membuat persiapan perkahwinan. InshaAllah.



Dari sudut Islam, perkahwinan adalah satu ibadah. Kerana ia ibadah yang disyariatkan oleh Islam, maka ia harus dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Perkahwinan adalah merupakan satu ibadah suci yang termaktub dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi. Dalam perkahwinan itu sendiri mengandungi banyak hikmah dan keistimewaan. Maka sesiapa yang mampu melaksanakannya dengan sempurna, maka ia dan pasangannya akan mendapat ganjaran.














Bercinta pada pertengahan tahun 2012, bertunang pada 1 September 2013 dan disatukan pada 30 Mei 2014. Alhamdulillah. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Perancangan Allah sangat sempurna. Walaupun 3 bulan dah menikah masih terdetik dalam hati ehhh aku dah menikah ke? MashaAllah masih tak percaya. Alhamdulillah jodoh sampai awal, rezeki dari Allah, di permudahkan segala-segalanya. Dari Majlis Pertunangan sampai laa ke Majlis Ijab dan Qabul. Ya Allah sungguh indah takdir mu Ya Allah. MashaAllah.

Bercinta selepas nikah sangat indah kawan-kawan. MashaAllah sangattt indah. 

Majlis Menyambut Aimy&Azhar Klik SINI
Majlis Perkahwinan Aimy&Azhar Klik SINI
Majlis Pertunangan Aimy&Azhar Klik SINI


p/s : terima kasih sudi baca sampai abes :) 
kindly visit our FB page : Senyum Itu Indah

0 nota cinta ♥:

 

Copyright 2015 © . Design by Aimy Farhana