Selamat Tahun Baru 2015

Kahwin dengan orang yang kita cintai, itu ialah impian.
Kahwin dengan orang yang kita tak sangka, itu ialah jodoh.
Menikahi orang yang kita cintai, itulah kemungkinan.
Mencintai orang yang kita nikahi, itu satu kewajipan.

Hiii, Assalamualaikum. Intro kena kasi gempak sikit. Almaklumlah dah tahun 2015 kan. Kata-kata kena lebih dewasa sikit mencerminkan diri yang akan menjangkau umur ke-25 tahun.




Pada entry ini ditaip kami genap 7 bulan sebagai suami isteri. Thank you Allah for borrowing me a lovely husband. To many years to come, i hope we can face it together as a team. InshaAllah. Antara pesanan mama yang aku ingat sampai sekarang, taat dan hormat pada suami, kalau ada yang tak berkenan dihati apa-apa pun kena sabar, jangan cepat melatah, kalau nak menegur guna bahasa yang sopan santun jangan sampai kita menyinggung perasaan suami kita dosa tetap sama. Allahu..






Terima kasih pada suamiku yang tercinta, kerana sudi memperisterikan aku. Setiap nafas yang dihela ini hanyalah untukmu, sama-sama kita menjaga bahtera yang dibina ini  Lillahi Taala. Semoga Allah membalas jasa baik abang pada sayang. Amin.



Jangan hanya berdoa untuk menikahi orang yg kamu cintai,
Tapi berdoalah terus mencintai orang yg kamu nikahi.





Ya Allah Ya Tuhanku,
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh MU,
Berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti hati dan perasaan suamiku,
Tabahkan aku menghadapi segala dugaanMU,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Ya Allah kuatkan hati dan semangatku dan bimbinglah aku menjadi isteri Solehah.





Thanks for reading this entry!
kindly visit our FB page : Senyum Itu Indah
 

Copyright 2015 © . Design by Aimy Farhana