Aidilfitri 2015 #throwback

Salam.

Petang sedingin salju hari ni. Seredup hatiku.. hehe. Rindu pulak rasa nak update blog. Bila rindu menjengah cepat-cepat bangun ambik laptop. Kalau mood malas tu datang ape pun tak boleh. Minggu ni tetiap petang hujan. Matahari pon acah-acah je nak kuar. Merap kat bilik jela aku. Sunyi bila hidup PJJ dengan suami. Walaupun pjj suami akan setiap masa text aku. Thanks husben :') . Kenapa pjj? Bukan uolls duduk sekali ke dulu?? Okay2 next update aku story.


Ini adalah Aidilfitri kali kedua aku sambut bersama husbenkuh. Kebetulan raya kali ni jatuh pada hari Jumaat dan hari khamis merupakan offday suami aku. So tahun ni memang luck husben aku dapat beraya pada hari raya pertama. Aku dan suami dah sepakat nak beraya kampung suami tahun ni, jujur aku cakap aku tak kisah beraya mana-mana sekalipun, beraya sebelah aku pun boleh, beraya sebelah suami pun boleh..tak payah kalut-kalut nak gaduh. Janji raya kan!



Ini pertama kali aku beraya kampung suami aku. Suami dah awal-awal siap pesan masa dalam kereta tadi. Nanti sampai umah tolong mak anyam ketupat palas ye. Belajar dengan mak. Seraya aku memandang tepat mata suami aku. Dia boleh buat muke senyum kambing kat aku, sabauu jelah. Err baik bos! Hahaha.. suami macam tahu-tahu je aku memang tak pandai anyam ketupat palas. choii..


Ibu mertua aku seorang yang sangat rajin memasak dannn banyak jugak ajar aku memasak hehehee... Terima kasih mak ajar kite masak :') . Menu wajib bila hari raya menjelma ialah LAKSA, 9 beradik 3 menantu semua Hantu Laksa!! Satu periuk kau kuah laksa. Seronok bila adik beradik perempuan ramai, rajin menolong dan pandai masak. Riuh dapur mak malam tu. Semua pakat duduk dapur. Sepanjang 26 tahun umur aku. Inilah kali pertama aku rasa sangat nikmat malam raya. Betapa meriahnya beraya di kampung :')


Inilah pengalaman pertama aku beraya di kampung suami.  Tetamu datang rumah tak putus-putus. Walaupun penat tapi seronok. Alhamdulillah dikurniakan keluarga mertua yang sangat baik dan penyanyang :')

MY FAMILY IN LAW ;)



 

Copyright 2015 © . Design by Aimy Farhana